“Globalization
typically refers to the process by which different economies and societies
become more closely integrated, and concurrent with increasing worldwide
globalization, there has been much research into its consequences” (Nelson,
2011) . Manakala, menurut Anthony Giddens(1997)Globalisasi iaitu keadaan dimana hubungan sosial antara dunia menjadi rapat
dan perkembangan di luar juga turut mempengaruhi keadaan tempatan dan
sebaliknya. Disini dapat dilihat bahawa
globalisasi itu mempunyai pelbagai definisi dan makna yang begitu meluas.
Pada pandangan kami sendiri, Globalisasi iaitu
lebih dikenali sebagai dunia tanpa
sempadan dan membawa faedah kepada sesebuah negara dan rakyat. Dunia kini
sedang menghadapi arus pemodenan yang pantas, tekonologi yang canggih, pasaran
yang luas menyumbang pelbagai kesan kepada dunia sama baik mahu pun buruk.
Proses globalisasi yang berlaku kini
mungkin disebabkan oleh perkembangan tekonologi yang pesat seperti teknologi
komunikasi, informasi, dan dari segi pengangkutan yang menghubungkan seluruh
pelosok dunia dengan mudah.
Disamping
itu juga, globalisasi juga dapat mewujudkan penubuhan negara-negara ASEAN yang bertujuan menjaga alam sekitar secara
bersama. Dengan kerjasama yang dijalinkan, maka alam sekitar negara masing-masing
dapat dipelihara bersama dengan kaedah pertukaran teknologi.
Seterusnya,
melalui proses globalisasi, pasaran dalam negara dapat ditingkatkan dan kualiti
barangan dapat ditingkatkan. Dengan adanya globalisasi inilah dunia perdagangan dapat menjalankan perdangangan dan perniagaan dengan meluas.
Kebaikan
yang diperoleh daripada proses globalisasi iaitu penduduk dunia dapat merasai
tekonologi yang baru serta sistem komunikasi yang cepat dan mudah serta
menjimatkan masa. Proses globalisasi juga
memberikan peluang kepada negara-negara maju bagi menggalakkan pemindahan teknologi,
kepakaran dan sebagainya. Selain itu juga, dengan wujudnya globalisasi
perkongsian sumber-sumber bahan mentah juga dapat dilkukan dengan negara-negara
luar.
Namun
begitu, proses globalisasi ini juga mempunyai kesan-kesan negatif terutamanya
dalam dunia siber dan teknologi. Sebagai contoh, kini kita telah banyak
dideahkan dengan media social seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan
lain-lain lagi. Kecanggihan teknologi ini juga membuatkan ramai remaja ketagih
untuk melayarinya, lebih buruk lagi mereka hanya membuang masa dengan melihat
gambar-gambar dan video pornografi. Inilah kesan yang amat ketara dan
membimbangkan kita kerana remaja masa kini adalah tulang belakang kepada
kepimpinan negara akan datang. Yang lebih buruk lagi, mereka berkongsi video
tersebut dengan rakan yang lain. Ini adalah fenomena yang tidak sihat dan kita
seharusnya membendung perkara ini daripada berlanjutan.
Secara ringkasnya, globalisasi mempunyai impak yang baik dan buruk. Namun sebagai individu yang menghadapi era globalisasi ini kita seharusnya lebih bijak dalam mencorakkan dunia globalisasi kita.
Bibliography
Giddens, A. (1997). 'The
Globalizing Of Medernity' . London: A Reader.
Nelson.
(2011). Good For Living? On the Relationship between Globalization and Life
Expectancy World Development . Globalization and Challenges; Whar are the
globalization's contemporary issues? , Vol 1 No 6.





