Friday, March 11, 2016

Anda dan Google


                                            


Jika berberbicara mengenai rangkaian internet yang terbesar Google pasti semua individu mengetahuinya. Apa tidaknya, Google ada sumber kepada pencarian sesuatu yang tidak diketahui oleh kita. Google telah diciptakan oleh Larry Page yang lahir pada 1973. Terdapat banyak pecahan dan fungsi Google ini seperti Google Maps, Google Drive, Google +, Google Scholar dan lain-lain lagi. Selain itu juga, sebagai individu yang bergelar mahasiswa, Google  merupakan salah satu alternatif mereka untuk mencari bahan-bahan dalam menyiapkan tugasan tertentu.

Dalam kuliah SSK3054 yang lepas, kami telah menyaksikan satu dokumentari yang menarik yang bertajuk Google. Dalam dokumentari ini kami banyak didedahkan kesemua yang berkaitan dengan Google. Termasuklah syarikat yang mengendalikan Google. Termasuklah Malaysia juga mempunyai Syarikat Google yang terletak di Ibu Negara Kuala Lumpur. Semua orang mengetahui apa itu Google, malahan dunia kini dianggap dunia hujung jari kerana segala maklumat yang ingin kita ketahui hanyalah  melayari Google. 


                         

Menurut laporan Sinar Harian (2013), Syarikat  gergasi Google itu telah beroperasi secara rasmi pada Januari 2011. Terbaru, terdapat banyak kemudahan yang disediakan oleh Google, Menurut akhbar Sinar Harian (2015) Google telah banyak mencipta aplikasi seperti sistem penstriman iaitu sistem yang membolehkan pengguna untuk mengakses sesuatu aplikasi terus kepada butang carian tanpa memsang sistem aplikasi tersebut. Sitsem terbaru ini lebih memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan memudahkan pengguna untuk mencari apa yang mereka mahukan.  

Akan datang iaitu pada tahun 2017, Google akan merancang penghantaran menggunakan dron( Sinar Harian, 2015). Projek yang diberi nama Projek Wing ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan menghantar keperluan ataupun barangan pengguna dengan menggunakan dron pada tahun 2017. Disini dapat kita lihat bahawa, Syarikat gergasi Google ini sentiasa mencuba untuk melakukan perubahan demi perubahan dari masa ke semasa untuk pengguna mereka. 

                            






Kesimpulan Aplikasi google merupakan Aplikasi yang sangat penting kepada kita. Seiring dengan dunia yang banyak berlaku perubahan teknologi, dunia Google merupakan alternatif untuk kita mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan. 




Bibliography

Harian, S. (2013, September). Google bukan syarikat biasa.
Harian, S. (2015, November). Google perkenal fungsi penstriman aplikasi.
 Harian, S. (2015). Google rancang penghantaran guna dron.


13 comments:

  1. Berdasarkan post yang telah diulas oleh rakan seperjuangan diatas, saya sangat menyokong ulasan tersebut, hal ini demikian keranA dunia pada hari ini memang memerlukan sistem yang memudah dan mempercepatkan pekerjaan kita. Saya sendiri sebagai seorang yang bergelar pelajar sangat memerlukan bantuan daripada Google terutamanya Google Scholar yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan aswad itanis kerana google sangat membantu kita dalam menyiapkan tugasan kerana kebanyakan tugasan memerlukan kita untuk mengakses internet dan google menjadi sasaran kita.

      Delete
  2. namun jika penggunaan secara tidak terkawal mampu mengundang keburukan.terutamanya kepada golongan muda remaj yang begitu ekstreme dalam menggunakan kemudahan google. hal ini perlu dipantau supaya gejala seperti "hack", "spam", mampu dielakkan. kecangginhan arus kemajuan dalam melayari google sememangnya memudahkan namun harus dipantau dari semasa ke semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nabila razak. Ramai orang mengambil kesempatan menggunakan kecanggihan untuk menggodam akaun orang lain.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Saya setuju dengan nabilla. Apa yang dapat kita lihat sekarang anak-anak muda banyak menyalahgunakan kemudahan yang ada termasulah Google ini. Bukan sahaja hack dan spam malah laman web yang berunsur lucah juga dengan mudah diperolehi melalui Google. Ibu bapa dan juga kerajaan perlu memantau dan menyekat kebebasan anak-anak dalam menggunakan internet dan Google.

      Delete
  3. Nabila Abdul Razak saya setuju dengan pandangan awak, tetapi dari sudut pelajaran, Google banyak membantu saya

    ReplyDelete
  4. Berdasarkan post di atas, bagi saya sememangnya Google sangat penting dan memudahkan kita semua untuk mengakses dan mencari sesuatu maklumat.Kita sekuran-kurangnya akan membuka "google search" walau tidak setiap hari namun akan menggunakannya sekurang-kurangnya seminggu sekali.

    ReplyDelete
  5. bagi saya google sememangnya memainkan peranan yang sangat penting.ini kerana kita sentiasa menggunakan google untuk mencari apa sahaja maklumat.saya sendiri lebih gemar menggunakan google berbanding yang lain.

    ReplyDelete
  6. Saya sangat bersetuju dengan entri dan komen yang ditulis di atas berkenaan Google kerana pada pendapat saya sendiri Google sangat mempengaruhi kehidupan seharian kita bagi memperolehi sesuatu maklumat mahupun menyampaikan satu-satu perkara.

    ReplyDelete
  7. Saya bersetuju dengan kandungan ulasan mengenai Google ini. Memang benar kini apa-apa sahaja maklumat diperolehi daripada Google kerana semua maklumat yang ada dalam internet ini diperolehi dari Google. Saya sendiri mencari maklumat daripaada Google kerana ianya mudah dan cepat.

    ReplyDelete
  8. Saya amat bersetuju dengan isi kandungan yang di tulis dalam entri ini. sememangnya kita tidak dapat menafikan bahawa google sangat penting dan memberi banyak manfaat kepada masyarakat di dunia secara keseluruhannya, kita dapat mengetahui pelbagai maklumat dan ilmu dengan hanya mengakses 'google searh'. ia sememangnya amat membantu individu terutamanya para pelajar dalam mencari maklumat-maklumat penting.

    ReplyDelete
  9. Saya bersetuju mengenai pendapat tentang ulasan Google ini. Ya, Google memang banyak memberi menfaat kepada individu. Tidak dapat dinafikan bahawa Google sangat mempengaruhi kehidupan seharian kita terutamanya di dalam mendapatkan maklumat. Maklumat senang, mudah dan cepat diperolehi dengan hanya mengakses ‘Google Search’. ‘Google Search’ sangat membantu individu terutamanya para pelajar dan yang bekerjaya dalam mencari sesuatu maklumat kerana ‘Google Search’ senang di akses dengan hanya menekan butang carian.

    ReplyDelete