Topik
kali ini adalah berkenaan dengan satu permainan video yang lebih dikenali
sebagai ‘second life’. Second life
ataupun Kehidupan kedua merupakan dunia maya yang telah diciptakan oleh manusia
menggunakan internet. Pada 23 June 2003 permainan second life ini telah
diperkenalkan oleh Lab Linden, dan menurut beliau permainan video ini telah
mempunyai hampir 1 juta pengguna ketika diperkenalkan. Namun hingga hujung
tahun 2006, jumlah pendaftar untuk permainan ini telah mencecah 8.8 juta orang.
Second life adalah
permainan 3 dimensi di mana para pemain boleh menciptakan ‘Kehidupan’ kedua
berdasarkan imaginasi yang mereka inginkan sendiri. Pengguna (atau dikenali
sebagai Resident) perlu mencipta
Avatars mereka sendiri bagi mencerminkan perwatakan yang mereka inginkan. Avatars
yang diciptakan dapat berkomunikasi secara langsung dengan avatar-avatar yang
lain. Avatar ini boleh menjadi apa sahaja yang diinginkan oleh pengguna seperti
manusia, haiwan, barang-barang, rumah dan sebagainya. Melalui permainan ini
pengguna boleh memiliki kehidupan yang jauh berbeza dengan kehidupan sebenar
mereka. Selain itu, pengguna boleh mencipta sebanyak mana watak yang mereka
idamkan. Contohnya, di alam nyata pengguna belum berkahwin, tapi dalam
permainan second life pengguna boleh
mencipta keluarga, membina rumah besar, pakaian mahal dan sebagainya. Namun,
permainan second life sebenarnya
masih diragukan masuk kategori game. Ini
kerana permainan ini tidak mempunyai misi dan objektif yang tepat.
Berdasarkan pemerhatian
saya tentang video yang ditayangkan mengenai permainan Second Life ini,
terdapat kesan baik dan juga buruk. Permainan ini mendapat tumpuan ramai kerana
pengguna boleh menjadi apa sahaja yang mereka inginkan seperti mencipta avatar
yang mempunyai fizikal yang menarik, cantik, badan yang ramping sesuai dengan
mereka inginkan walaupun berbeza dengan apa yang mereka punyai di dunia
sebenar. Persoalannya, kenapa ini terjadi? Adakah pengguna tidak yakin dengan
diri sebenar mereka?
Permainan Second Life
ini juga mendatangkan kesan buruk kepada pengguna. Ini kerana terdapat juga
pemain yang menghabiskan masa mereka hampir 15-20 jam sehari semata-mata untuk
permainan video ini tanpa menjalankan rutin harian mereka seperti makan dan
tidur. Ada juga pengguna yang tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana
terlalu leka dengan permainan ini. Adakah anda merasakan ia normal bagi
seseorang pengguna?
Apa pandangan anda
semua?
Rujukan:
secara umumnya, permainan video atas talian ini merupakan satu hobi yang kurang baik kerana ia hanya membazirkan masa dan mengurangkan ruang sosial antara individu. Mengikut statistik yang ditulis dalam entri di atas, telah membuktikan bahawapada zaman ini, permainan atas talian seperti 'Second Life' ini telah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat moden terutamanya golongan remaja. pada pendapat saya, permainan atas talian ini memberikan kesan negatif kepada individu yang suka menghabiskan masa mereka di hadapan skrin komputer selama berjam-jam tanpa melakukan aktiviti harian mereka. permainan atas talian ini sememangnya sesuatu yang menyeronokkan bagi penggemar-penggemar 'online games' dan individu yang anti sosial, tetapi ia haruslah terkawal dan tidak terlalu taksub dalam permainan.
ReplyDeleteBerdasarkan entri yang dibincangkan diatas, permainan second life menunjukkan bahawa manusia mempunyai kebolehan untuk mencipta sesuatu yang baru, unik dan menarik. Hal ini demikian kerana, permainan ini sangat membantu mereka yang ingin mempelajari permainan ini di samping dapat berkomunikasi dengan orang di sekitar mereka. Permainan komputer ini sangat menyeronokkan bagi mereka yang sangat meminatinya. Begitu juga dengan saya sendiri, minat saya yang mendalam terhadap permainan ini, di samping saya boleh berimaginasi dalam alam maya walaupun hanya seketika.
ReplyDeletePermainan second life ini bagi saya sesuatu yang menyeronokkan tetapi banyak kesan sampingan daripada permainan online tersebut.Seperti yang ditayangkan dalam video di dalam kelas, kebanyakan daripada pemain second life ini merupakan mereka yang tidak bekerja dan tidak sihat juiga. sepanjang hari mereka hanya mengadap skrin komputer dan hal itu bukanlah perkarea yang baik. Hal ini demikian kerana gaya hidup seperti itu tidak elok dan akan memuddaratkan kesihatan. yang baiknya pula mereka boleh menjana pendapatan melalui permainan online tersebut.Saya rasa sekiranya permianan online ini dilakukan di Malaysia, lebih ramai warga Malaysia akan jadi tidak sihat walaupun dapat menjana pendapatan mereka walaupun hanya di alam maya.
ReplyDeletePada pandangan saya, permainan Second Life ini menunjukkan individu yang suka dan terjerumus dengan aplikasi tersebut boleh diibaratkan seperti "tidak berpijak di bumi yang nyata". Hal ini kerana dikatakan mereka boleh mencipta diri dan situasi dalam permainan tersebut mengikut citarasa mereka dan boleh juga berbeza dengan kehidupan realiti mereka sendiri. Selain itu, saya juga berpendapat mereka yang taksub dengan permainan ini juga boleh leka serta tidak mengambil peduli dengan keadaan sekeliling mereka. Bahkan, dalam video dokumentari yang ditayangkan di dalam kuliah turut menjelaskan bahawa ada sesetengah individu tidak bekerja tetapi sebaliknya menghabiskan masa mereka seharian bahkan berhari-hari dengan bermain permainan tersebut. Keadaan ini sebenarnya jelas menunjukkan bahawa mereka tidak peka dengan diri mereka,kehidupan mereka dan seolah-olah tiada inisiatif diambil untuk berubah ke arah lebih baik.
ReplyDeletepada pandangan saya,permainan second life ini merupakan sebuah permainan yang banyak memberi kesan yang negatif kepada pengguna.Dengan adanya teknologi yang semakin canggih lagi membuatkan pengguna lebih cenderung kepada semua ini.Hal ini kerana permainan ini juga boleh membuatkan pengguna menjadi lupa pada dunia sebenar mereka kerana terlalu taksub dengan apa yang mereka perolehi melalui permainan second life ini. selain itu,ia akan memberi kesan sampingan kepada pengguna itu sendiri dimana pengguna akan menghadapi masalah mata kerana terlalu tertumpu kepada laptop sepanjang hari akan menyebabkan pengguna tidak sihat. seboleh-bolehnya permainan ini seharusnya dihentikan kerana ia akan mendatangkan kesan jangka panjang juga kepada pengguna.
ReplyDeletebagi pendapat saya hal ini boleh digunakan tp perlulah ada batas. hal ini kerana jika terlalu taksub akan mengundang kemudaratan. masyarakat perlu sedar yang semakin tinggi teknologi semakin tinggi implikasi yang akan berlaku. hal ini kerana rata-rata masalah yang timbul adalah daripada ketaksuban seseorang individu terhadap sesuatu kecanggihan media. mengikut peredaran zaman adalah bagus namun perlu berbatas dan guna secara sihat.
ReplyDeletebagi pendapat saya hal ini boleh digunakan tp perlulah ada batas. hal ini kerana jika terlalu taksub akan mengundang kemudaratan. masyarakat perlu sedar yang semakin tinggi teknologi semakin tinggi implikasi yang akan berlaku. hal ini kerana rata-rata masalah yang timbul adalah daripada ketaksuban seseorang individu terhadap sesuatu kecanggihan media. mengikut peredaran zaman adalah bagus namun perlu berbatas dan guna secara sihat.
ReplyDeletePada pendapat saya, permainan second life ini kurang mendatangkan kebikan. Hal ini demikian kerana, permainan ini banyak membanzir masa. Masa yang sepatutnya dapat di gunakan untuk tujuan yang mendatangkan manfaat telah terbuang kerana hanya gara-gara dgunakann untuk bermain permainan second life tersebut. Selain itu, permainan tersebut sedikit sebanyak dapat mewujudkan perasaan tidak puasa hati terhadap diri sendiri di dalam diri individu. Individu berasa tidak puasa hati terhadap nasib hidup diri mereka. Contohnya, di dalam permainan tersebut mereka boleh menbentuk diri mereka menjadi kaya raya tetapi, di dunia sebenar mereka miskin. Melalui permainan tersebut akan timbul rasa tidak puas hati terhadap kehidupan mereka yang realiti. Mereka akan mempersoalkan kenapa mereka hidup di dalam kemiskinan dan kenapa tidak hidup penuh dengan kemewahan. Bukan itu sahaja, permainan tersebut juga akan mendatangkan suasana hidup yang tidak sihat. Individu terus leka bermain permainan tersebut tanpa memghiraukan aktiviti yang berfaedah disekeliling mereka seperti bersenam, berkelah bersama keluarga dan sebagainya. Mereka akan terus hanyut di alam maya dengan permainan second life tersebut.
ReplyDeleteBagi saya, permainan second life ini memang menyeronokkan namun ia banyak memberi kesan negatif berbanding dengan positif. Hal ini kerana kebanyakan pengguna permainan ini adalah golongan yang tidak berpuas hati dengan dirinya sendiri dan ingin menjadi orang yang dia ciptakan dalam permainan tersebut. Ia seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata dan hanya bermain dengan imaginasinya sahaja. Malah, apa yang lebih teruk ialah seseorang pengguna tersebut menghabiskan masa yang lama untuk permainan tersebut sehingga ada yang lupa masa untuk makan dan masa untuk bersama keluarga.
ReplyDelete