Saturday, April 2, 2016

TELEFON BIMBIT DAN DUNIA ZAMAN SEKARANG


Penggunaan telefon bimbit ataupun handphone semakin menjadi perkara biasa dalam hidup masyarakat setempat. Di Malaysia bagi mereka yang lahir sekitar 80-an pasti masih segar mengingati bagaimana perkembangan telekomunikasi berjalan. Bermula dengan telefon awam yang menggunakan duit syiling sehingga ke telefon pintar pada masa kini yang hanya memerlukan sekeping kad bagi mengaktifkannya. Sehingga kini masyarakat telah turut berevolusi sama dengan fungsi telefon pintar, jika dahulu, hanya orang tertentu sahaja yang menggunakan telefon bimbit, kini sesiapa sahaja boleh memilikinya. Telefon pintar telah menjadi satu kewajipan bagi setiap orang. Satu gajet berbagai fungsi dan tujuan.
     
Telefon pertama menggunakan frekuensi radio


Telefon Bimbit telah di cipta buat pertama kalinya dengan menggunakan frekuensi radio telah di perkenalkan oleh  Martin Cooper pada tahun 1973, telefon pertama yang di cipta oleh beliau di kenali sebagai "Brick" oleh kerana bentuknya yang seakan - akan batu bata. Bermula dari situ, telefon pintar mula berkembang dengan pelbagai fungsi yang di perbaharui sehinggalah aplikasi android di perkenalkan pada tahun 2003 oleh  Andy Rubin, Rich Miner,  Nich Sears, dan Chris While mendirikan Android Incorporation.
Di Palo Alto, California, pada Oktober 2003. Pada abad yang ke- 21 ini, masyarakat seantero dunia telah di sajikan dengan variasi teknologi yang cangih tidak terkecuali juga  telefon pintar yang kini telah di pasarkan bukan sahaja dalam bentuk yang perbagai malah variasinya telah di perluas lagi melalui kepelbagaian bentuk, warna, fungsi dan juga saiz.
        Sebuah blog yang bertajuk Berita Teknologi telah memaparkan berita di mana  sebuah syarikat di Jepun yang bernama Willcom telah menghasilkan  telefon bimbit Phone Strap 2 WX06A yang  dikatakan adalah telefon paling kecil dan paling ringan di dunia dengan ukuran lebar 32 milimeter, panjang 70 milimeter dan ketebalan 10.7 milimeter dengan berat 32 gram sahaja. Namun, telefon ini bukan sejenis smartphone tetapi lebih kepada featurephone kerana fungsinya yang hanya untuk berhubung dan bermasej sahaja. Bateri telefon ini mampu bertahan selama dua jam perbualan dan 12 hari jika berada dalam mode stand by. dalam satu kajian yang di jalankan oleh comScore dan telah di pamerkan dalam penilaian pasarannya pada bulan Februari 2014 mendapati bahawa gajet yang paling popular masa kini adalah smartphone.

 Phone Strap 2 WX06A
  
Setelah melalui evolusi, telefon pintar telah menjadi kegilaan dan menjadi salah satu simbol gaya hidup. Setiap orang di klasifikasikan mengikut jenis telefon bimbit yang digunakan serta jenama yang digunakan.


         
  Persoalannya, adakah pengenalan smartphone atapun telefon pintar ini membawa kebaikan atau keburukan?  adakah kemunculan variasi smartphone ini  membawa kita melangkah kehadapan ataupun membawa kita menyingkap semula sejarah kemunculan telefon bimbit?

Rujukan
Human New Tech. (2015, April 3). Retrieved April 1, 2016, from http://humannewtech.my/2015/04/telefon-bimbit-dan-dunia-masa-kini.html

12 comments:

  1. Pada pendapat saya, kewujudan smartphone adalah amat penting kepada kehidupan manusia pada masa kini. Dengan wujudnya smartphone lengkap dengan segala aplikasi yang boleh dimuat turun, seperti aplikasi media sosial, aplikasi navigasi, aplikasi kamus dan sebagainya telah menjadikan kehidupan lebih mudah dan bermakna.
    Sebagai contoh, pengguna-pengguna dapat menggunakan aplikasi navigasi yang ada dalam smartphone mereka. Dengan hanya membawa smartphone, pengguna dapat menggunakan aplikasi navigasi untuk mengetahui arah tuju ke destinasi-destinasi yang tertentu tanpa membazir masa yang panjang untuk mencari lokasi-lokasi yang hendak ditujui.
    Selain itu aplikasi kamus yang boleh dimuat turun ke dalam smartphone adalah juga amat bermanfaat kepada pengguna. Pengguna boleh menggunakan aplikasi kamus untuk mencari makna kepada sesuatu perkataan atau istilah di mana-mana sahaja tanpa membawa kamus yang berat.
    Oleh itu, saya berpendapat bahawa smartphone sememangnya membawa banyak kebaikan kepada pengguna-penggunanya sekiranya diggunakan dengan bijak.

    ReplyDelete
  2. Entri diatas sangat menarik kerana saya dapat menambah pengetahuan saya tentang evolusi dunia telefon yang sebenar. Evolusi ini menjadikan pengenalan telefon semakin lama semakin canggih. Daripada saiz yang besar kepada kecil dan daripada berat kepada ringan dan mudah di bawa kemana sahaja. Paling canggih masyarakat kini gemar untuk 'selfie' dan terus memuat naikkan gambar mereka ke aplikasi yang mereka gemar. Di sini dapat dilihat, sedikit demi sedikit perubahan dan sumbangan telefon dari dulu sehingga sekarang.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya, kewujudan telefon bimbit adalah memudahkan kita sebagai pengguna untuk berkomunikasi dengan dunia luar dan menyenangkan kita untuk memberi pesanan kepada seseorang individu yang ingin dituju tanpa perlu menunggu untuk berjumpa 'face to face'. Malah, dalam dunia yang serba canggih kini telah menjadikan telefon bimbit sebagai alat yang sangat penting. Telefon bimbit atau kini lebih dikenali sebagai smartphone menjadi keperluan setiap masyarakat tidak kira usia. Fungsi serbagunanya juga telah menjadi 'nyawa' kepada dunia penghubung setiap masyarakat. di sini jelaslah bahawa perubahan telefon bimbit yang pelbagai fungsi kini telah menjadikannya sangat penting untuk kehidupan pengguna pada masa kini dan masa hadapan.

    ReplyDelete
  5. Pada pandangan saya telefon bimbit merupakan salah sau keperluan dalam kehidupan kita. Ini kerana ia dapat memudahkan komunikasi kita dengan orang lain. Dapat kita lihat kini terdapat pelbagai jenis Smartphone yang terdapat dipasaran sekarag ini. Tambahan pula smartphone kini mempunyai pelgbagai kemudahan yang kita perlukan kini. Contohnya saya sendiri lebih gemar menggunakan smartphone untuk berhubung dengan sesiapa sahaja serta untuk selfie. ini menunjukan dunia sekarang ini semakin lama semakin canggih DAN MODEN

    ReplyDelete
  6. Namun penggunaan smartphone ini juga mendatangkan kebaikan dan juga keburukan. Namun semua ini bergantung kepada individu itu sendiri samaada menggunkan kemudahan yang ada secara baik atau pun buruk.tidak dinafikan terdapat lebih banyak keburukan berbanding kebaikan namun kita mampu mengawal teknologi bukan hanya membiarkan teknologi mengawal kita selama-lamanya.

    ReplyDelete
  7. Bagi saya penggunaan smartphone masa kini sangat diperlukan tetapi terdapat kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Sebagai contoh untuk masa sekarang rata-rata masyarakat kini menggunakan smartphone sebagai pengganti bagi segala-galanya. Smartphone sebagai kamera, peta, album dan sebagainya. Kurang lagi komunikasi antara satu sama lain. Semuanya berkomunikasi melalui media sosial yang digunakan melalui smartphone. Pokok pangkalnya terletak pada diri sendiri.

    ReplyDelete
  8. pada pendapat saya, buruk atau baik penggunaan telefon pintar ini adalah terpulang kepada cara penggunaan individu itu sendiri. seperti yang kita tahu telefon pintar ini direka khusus untuk memudahkan pengguna dengan kemudahan camera internet dan sebagainya. secara tidak langsung, ia bukan sahaja berfungsi sebagai satu medan untuk berkomunikasi, malahan ia turut membantu pengguna untuk memudahkan pekerjaan mereka sera menjimatkan mereka. Namun begitu, memang tidak dapat kita nafikan, dengan kemudahan telefon pintar ini, ramai individu yang menggunakannya dengan cara yang salah seperti menyebarkan berita palsu, melayari laman web lucah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Tidak dinafikan lagi bahawa smartphone atau telefon pintar pada masa kini bertindak sebagai alat keperluan untuk kita semua berkomunikasi antara individu dan juga melangkaui batas sempadan dunia. Semakin canggih smartphone seseorang, maka semakin banyak juga peningkatan teknologi aplikasi yang mereka boleh nikmati. Saya percaya semua orang tahu bahawa telefon pintar itu tidak hanya bertindak sebagai alat untuk kita menghantar pesanan kepada individu lain atau membuat panggilan semata-mata. Tetapi, terdapat fungsi lain yang mampu memudahkan kerja seseorang dalam konteks komunikasi itu sendiri. Misalnya, melihat 'maps' untuk ke sesuatu tempat yang mana tidak biasa dilalui, mencapai maklumat dengan capaian data internet, menyiapkan tugasan dengan aplikasi Microsoft Office yang tidak memerlukan kita membuka laptop peribadi. Keadaan ini jelas menunjukkan dengan adanya telefon pintar banyak perkara dapat dibuat di hujung jari sahaja. Namun begitu, penggunaan atau kebergantungan kepada telefon ini juga membawa halangan kepada kita. Contoh mudah yang boleh dilihat apabila kita tidak menghiraukan dengan keadaan sekeliling dan hanya fokus kepada telefon di tangan. Ini menunjukkan kita bersosial di ruangan maya dengan ramai indivitu, tetapi realitinya kita tidak menghiraukan dengan keadaan sekeliling dan 'isolated us from others'.

    ReplyDelete
  11. You there, this is really good post here. Thanks for taking the time to post such valuable information. Quality content is what always gets the visitors coming. ukraynaca

    ReplyDelete
  12. Thanks for a wonderful share. Your article has proved your hard work and experience you have got in this field. Brilliant .i love it reading. edupeet

    ReplyDelete