Entri
kali ini akan mengupas serba sedikit mengenai hashtag. Jadi, kalian semua
tahukah apa yang dimaksudkan dengan hashtag? Hashtag membawa maksud perkataan
atau frasa yang didahulukan dengan hash atau simbol pangkah ( #) yang mana
digunakan bagi mengenal pasti sesuatu mesej atau pesanan untuk satu-satu topik
secara spesifik. Sebenarnya simbol hashtag yang digunakan hari ini wujud melalui
rangkaian IRC (Internet Relay Chat) bagi melabelkan topik dan kumpulan. IRC ini
merupakan satu bentuk komunikasi di Internet yang dibuat untuk tujuan
komunikasi berkelompok atau berbincang dalam beberapa channel atau saluran kerana
ia murah berbanding sms serta boleh berkenalan di ruangan maya.
Untuk
pengetahuan kalian semua, media sosial Twitter bertanggungjawab membuat hashtag
semakin popular digunakan rentetan daripada kemunculan Twitter itu sendiri pada
tahun 2007. Sesuatu hashtag yang dicetuskan oleh seseorang individu dan
seterusnya menjadi ikutan yang lain disebut sebagai “trending topic” kerana ia
memudahkan sesiapa sahaja membuat carian bagi mengikuti topik yang dipaparkan. Dan
apabila perkataan atau frasa yang bertanda hashtag di klik akan menunjukkan
kesemua tweet berkaitan dengan hashtag berkenaan. Kini, bukan sahaja Twitter
yang menyokong hashtag tetapi sudah banyak laman sesawang atau media sosial
lain boleh menggunakan simbol # dalam sesuatu post atau status.
Kebiasaannya
hashtag yang diguna pakai untuk highlight sesuatu topik perlu ditulis
atau dieja secara rapat bagi mewujudkan “hashtag” itu sendiri. Sekiranya
perkataan yang ditulis selepas simbol # dijarakkan akan menyebabkan perkataan
tersebut tidak akan menjadi hashtag tetapi menjadi perkataan atau frasa biasa
sahaja. Hashtag yang dicipta boleh merangkumi semua benda atau perkara dan
tidak terbatas kepada satu kategori sahaja. Contoh mudah yang boleh di ambil
adalah melalui Facebook yang mana individu kebanyakan menggunakan unsur humor
atau lucu dalam post mereka.
Jadi,
apa pendapat kalian semua tentang #hashtag ini? Adakah ia relevan digunakan untuk
semua situasi atau sekadar mengikut trend semata-mata?
Rujukan:
Lewis, N. (2013, March 21). Nick Lewis
Communications. Retrieved April 14, 2016, from What does a hashtag pound
sign mean in social media:
www.nicklewiscommunications.com/what-does-a-hashtag-pound-sign-mean-in-social-media/
n.a. (n.d.). Artikel Tik. Retrieved April 14,
2016, from Mengenai IRC atau Internet Relay Chat:
www.artikeltik.com/mengenai-irc-atau-internet-relay-chatting.html
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih admin di atas perkongsian di atas. Sememangnya saya sendiri tidak tahu mengenai bagaimana hashtag itu wujud dan saya merasakan bahawa hashtag atau ayat yang ditulis di media sosial yang disertakan dengan simbol # itu hanya sekadar suka-suka dan sebagai hiburan sahaja. Pada pendapat saya, hashtag yang diaplikasi di laman sosial atau laman sesawang lain relevan diguna pakai kerana trend dan perubahan budaya yang meresap masuk selari dengan kemajuan sosial dan juga teknologi itu sendiri. Penggunaan simbol # menunjukkan situasi atau emosi yang mahu ditonjolkan oleh seseorang individu yang mana tidak hanya mengikut trend semata-mata.
ReplyDeletesejujurnya saya sendiri tidak tahu dari mana asalnya Hastag ini. Hal ini kerana saya menggunakan # hastag hanya sekadar suka-suka tambahan pula # hastag ini telah viral digunakan dimana-mana sahaja media sosial yang ada seperti wechat,facebook dan instagram.Terima kasih admin atas
ReplyDeletenk pengkongsian baru ini.Tapi penggunaan # hastag ini juga kadang-kadang bagus untuk pengguna media sosial kerana bila sesuatu hal yang kita ingin sampaikan tetapi secara halus bolehlah menggunakan #hastag kerana ia akan membuatkan orang yang membaca akan faham apa yang ingin disampaikan oleh pengguna yang lain.
kalau dahulu hashtag digunakan sebagai satu penekanan untuk sesuatu perkara. mnamun apa yang terjadi sekarang ialah hashtag digunakan sekadar suka-suka dan lebihnya kepada penceritaan. sebagai contoh ialah apabila individu memuat naik gambar makanan dan hashtag lapar dan hashtag saya suka makan. ini jelah bukanlah untuk penekanan perkara penting tetapi lebih kepada penceritaan secara tidak langsung
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMenurut apa yang saya tahu, hashtag ini merupakan satu simbol yang digunakan untuk menandakan tentang sesuatu kumpulan, isu atau apa sahaja bagi memudahkan pengguna lain mencari isu atau perkara tersebut. Jika kita lihat, hashtag ini biasanya digunakan di twitter untuk men tag seseorang dan di instagram juga ia banyak digunakan pleh perniaga online untuk menjual barangan mereka. bagi saya yang suka membeli barang ayas talian, hashtag ini amat berguna untuk saya dan memudahkan saya bagi mencari barangan, yang saya inginkan.
ReplyDeleteSejujurnya saya sendiri tidak tahu hashtag itu apa. Terima kasih admin kerana memberi ilmu yang baru. Topik yang menarik untuk dibincangkan. Apa yang saya tahu, hashtag ini digunakan untuk menekankan sesuatu perkara. Tetapi, apa yang saya lihat di dalam sosial simbol hashtag ini diguna pakai oleh sesetengah individu untuk tujuan suka-suka iaitu lebih kepada penceritaan sesuatu perkara yang mereka lakukan.
ReplyDeleteSaya sendiri kurang mengerti asalnya berkenaan dengan hashtag. Dahulu saya sering juga menggunakan hashtag atas alasan mengikut trend atau tengok rakan di Facebook dan Twitter melakukannya. Tetapi sekarang dengan adanya hashtag, banyak perkara baru yang kita boleh tahu. Sebagai contoh, kita terlepas rancangan Maharaja Lawak Mega 2016, jadi dengan hanya menggunakan Twitter atau Facebook kita hanya menaip #MLM16 kita akan mendapat segala info mengenai Maharaja Lawak Mega. Tetapi ada juga yang menggunakan hashtag hanya untuk suka-suka sahaja.
ReplyDeleteSaya sendiri kurang mengerti asalnya berkenaan dengan hashtag. Dahulu saya sering juga menggunakan hashtag atas alasan mengikut trend atau tengok rakan di Facebook dan Twitter melakukannya. Tetapi sekarang dengan adanya hashtag, banyak perkara baru yang kita boleh tahu. Sebagai contoh, kita terlepas rancangan Maharaja Lawak Mega 2016, jadi dengan hanya menggunakan Twitter atau Facebook kita hanya menaip #MLM16 kita akan mendapat segala info mengenai Maharaja Lawak Mega. Tetapi ada juga yang menggunakan hashtag hanya untuk suka-suka sahaja.
ReplyDeletePada pendapat saya, hashtag (#) releven diguna pakai pada masa kini. Hal ini kerana ramai pengguna media sosial menggunakan simbol # untuk menekankan sesuatu perkara. Di instagram contohnya, jika kita ingin mencari atau membeli barangan kita hanya menggunakan simbol # dan tulis apa yang dicari seperti #shawlmurah #bazarpaknil #gadjetmurah dengan sekali gus kita dapat menjumpai akaun-akaun yang dicari. Bukankah ia menyenangan kita ? Oleh itu, # sangat berguna pada masa kini terutama pada pengguna laman sosial instagram dan twitter.
ReplyDeleteTujuan sesuatu hashtag itu diguna adalah untuk memudahkan carian kepada pengguna yang lain. Semakin banyak hashtag yang digunakan..semakin mudah proses sesuatu carian itu. Hashtag yang digunakan diawal mahupun diakhir ayat atau perkataan mempunyau fungsi yang bermakna bagi sesetengah individu. Kebiasaanya, individubyang suka menggunakan hashtag ini dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, hashtag adalah mempunyai fungsi tertentu dan memudahkan individu mencari apa yang mereka mahukan
ReplyDelete