Saturday, April 2, 2016

IMPLIKASI TELEFON PINTAR



Menurut Utusan Online (2011), telefon pintar memberikan kesan buruk kepada masyarakat. Suatu ketika dulu, agak mudah untuk kita menyapa mereka yang tidak dikenali kerana pada masa itu masyarakat lebih mesra dan mudah bertegur sapa. Tetapi kini, orang ramai lebih gemar 'membayar' untuk menghubungi kenalan yang jauh walaupun ada orang yang lebih dekat untuk dijadikan teman berbicara.
Jika pada masa dahulu, makan bersama keluarga adalah satu situasi yang mana ibu menunjukkan kebolehannya memasak manakala abang akan bangga bercerita tentang perlawanan bola sepak di sekolahnya. Ketika itu jugalah si adikakan 'menyambar' ketulan ayam goreng di pinggan kakaknya. Itulah gambaran kemesraan dalam satu keluarga. Tetapi kini, 'masa berkualiti' bersama keluarga makin pudar kerana keriuhan waktu makan menjadi sepi dan dingin kerana masing-masing lebih gemar memberi perhatian kepada peralatan komunikasi canggih milik mereka.
Jika dulu, barang kemas dan perhiasan badan seperti emas dan batu permata dijadikan ukuran simbol kekayaan seseorang, perkara itu bukanlah lagi satu – satunya kayu pengukur di masa sekarang. Tetapi kini peralatan komunikasi canggih seperti Blackberry, telefon Android, iPhone, iPad dan komputer peribadi adalah simbol status individu di dalam masyarakat. Walau terdapat berita positif tentang bagaimana peralatan canggih ini dapat meningkatkan produktiviti, persoalan yang masih tidak terjawab tetap timbul tentang impak daripada gajet - gajet ini terhadap rentak hidup sosial masyarakat.
Seperti yang kita tahu penggunaan telefon pintar sudah semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Suatu masa dulu ia hanya mampu diguna oleh warga korporat dan ahli perniagaan tetapi kini gajet ini mampu dimiliki kebanyakan orang. Telefon kini menjadi  semakin 'pintar' setiap hari. Setiap model peralatan ini disesuaikan dengan keperluan komunikasi, kerja serta hiburan. Pelbagai e-mel serentak juga boleh diterima oleh gajet ini. Perisian seperti MS Office dan PDF reader juga boleh dimasukkan kedalam telefon pintar untuk kegunaan semasa.
Menurut Utusan Online (2011), satu kajian pada tahun 2007 dijalankan oleh Research In Motion (RIM) mendapati pengguna biasa Blackberry boleh memberi satu jam dari masa muat turun mereka untuk keperluan produktif setiap hari dan ini meningkatkan darjah efisien sebanyak 30 peratus. Elemen hiburan merupakan satu lagi faktor yang membuatkan telefon pintar hangat di pasaran. Keupayaan menyimpan serta memainkan video/filem, video YouTube dan juga hubungan dengan situs jaringan sosial selain pelbagai permainan yang menarik merupakan satu lagi aspek yang perlu 'dipunyai' oleh generasi masa kini.
Selain itu, Utusan Online (2011) juga mengatakan bahawa, sehingga kini terdapa lebih 350, 000 aplikasi iPhone dan sehingga bulan Januari tahun 2011 sebanyak 10 bilion aplikasi dimuat turun sejak produk ini memasuki pasaran pada tahun 2008. Jika dibandingkan dengan 10 tahun dulu, mereka yang menggunakan gajet itu kini boleh mencipta aplikasi telefon mereka sendiri dan menjadikan satu peralatan serba boleh. Antaranya bertindak sebagai sebuah e-buku dan menjadi 'terminal' permainan.
Adakah kita akan bergantung kepada teknologi untuk berhubung dengan orang lain walaupun beliau berada tidak jauh dari diri kita?

Rujukan

A. (2011, July 18). Telefon pintar beri kesan buruk? Retrieved March 30, 2016, from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2011&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

8 comments:

  1. Pada pandangan saya bergantung kepada teknologi dalam kehidupan seharian akan mendatangkan dua kesan iaitu kesan baik dan kesan buruk.Kesan baiknya adalah, teknologi seperti telefon pintar dapat membantu menghubungkan yang jauh dengan yang dekat dalam jangka masa yang singkat. Selain itu, telefon pintar juga dapat mengeratkan kembali hubungan yang telah lama terpisah. Contohnya, rakan - rakan sekolah lama dapat dihubungi semula melalui laman sosial seperti facebook.
    Manakala, keburukan bergantung kepada teknologi seperti telefon pintar di dalam kehidupan adalah dapat menyemai sikap malas di dalam diri individu. Sikap malas lama - lama akan wujud di dalam diri individu kerana segala perkara hanya dihujung jari. Contohnya, individu hanya menghantar mesej kepada rakan dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam telefon pintar seperti whatsap, wechat dan lain - lain untuk menjemput rakan disebelah rumahnya makan petang bersama. Walaupun jarak rumah mereka dekat, mereka tetap menggunakan mesej untuk berhubung kerana sikap malas untuk berjalan keluar rumah untuk memanggil kawannya sudah wujud di dalam diri individu tersebut. Hal ini demikian kerana, menggunakan mesej untuk menjemput rakan datang ke rumah lebih mudah dan cepat.
    Kesimpulannya, kehidupan yang bergantung penuh terhadap teknologi menpunyai kesan baik dan kesan buruk. Kesan Baik dan buruk sesuatu teknologi itu bergantung kepada cara individu itu sendiri. Jika teknologi itu dgunakan untuk tujuan baik maka, individu tersebut akan mendapat kebaikan begitu juga disebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Pembangunan tekonologi yang semakin canggih mendorong dunia siber untuk terus berkembang. Perubahan yang semakin pesat ini mendorong pelbagai ciptaan baru akibat daripada kemajuan tekonologi. Maka dari sudut ini, terciptalah medium komunikasi yang amat penting dari hari ke hari sebagai perantara untuk manusia berhubung. Tidak dapat dinafikan, telefon pintar sangat penting pada masa kini untuk manusia dalam dunia ini berhubung. Namun, terdapat implikasi penggunaannya andai tidak dikawal dengan baik. Implikasi penggunaan telefon pintar ataupun gajet berteknologi ini boleh mendorong kepada ketagihan internet dalam kalangan pengguna. Lebih dahsyat lagi perkara ini berlaku ke atas golongan pelajar. Penggunaan gajet berteknologi ini sangat merisaukan apabila mereka ketagih untuk melayari internet selama berjam-jam dengan menggunakan telefon pintar tersebut. Keadaan lebih buruk lagi apabila mereka meluangkan masa berjam-jam dengan tabiat tersebut sehingga boleh menjejaskan pelajaran mereka.

    ReplyDelete
  3. Bagi pandangan saya, telefon pintar banyak memberi kesan positif untuk kehidupan harian setiap pengguna. Namun begitu, terdapat juga kesan negatifnya. Seperti entri di atas, manusia kini sudah jarang untuk berkomunikasi secara terus dan lebih banyak berhubung melalui telefon pintar. Di sini jelaslah bahawa ia telah mendatangkan kesan yang buruk iaitu wujudnya golongan 'anti sosial' yang lebih banyak habiskan masa bersama telefon pintar. Contoh jelas, kebanyakan pengguna kini lebih akrab ketika di alam maya sedangkan bila bersua muka, pengguna atau masyarakat tidak seakrab kerana masing-masing akan menghadap gadjet masing-masing. Penggunaan telefon pintar seharusnya dikawal daripada terjadinya ketagihan kerana ia akan mengakibatkan perasaan sayang dan kemesraan antara seseorang dengan orang lain semakin hambar.

    ReplyDelete
  4. dunia kini yang penuh dengan kecanggihan dapat menghasilkan pelbagai jenis teknologi yang semakin canggih dari hari kehari. Dengan adanya kemajuan dalam teknologi ini mampu membuatkan manusia seakan-akan bergantung kepada teknologi semata-mata. namun kecanggihan teknologi seperti telefon bimbit yang semakin hari semakin canggih serta kemudahan yang semakin banyak mampu mendatangkan kebaikan dan keburukan dalam kehidupan manusia.Antara kebaikannya adalah mampu membantu masyarakat mendapatkan lebih maklumat,merapatka hubungan serta berhubung dengan mereka yang beada jauh dimata dengan cepat. Namun keburukan yang dapat dilihat apabila manusia itu sendiri seakan-akan lalai dengan kecanggihan teknologi yang mereka dapat hingga membuatkan mereka seolah0olah berada dalam dunia mereka senidri. Contohnya ialah,tiada lagi interaksi secara berhadapan tetapi lebih gemar berbincang menggunakan Whatsapp, Facebook dan sebagainya.Namun perkara ini dapat dielakkan jika kita sebagai pengguna dapat mengawal cara penggunaan teknologi itu.

    ReplyDelete
  5. Penggunaan telefon pintar ini sebenarnya bergantung dengan individu. Ada yang menggunakan telefon untuk berhubung dengan orang jauh tapi ada juga yang berhubung dengan orang dekat. Sebenarnya banyak juga kebaikan telefon pintar ni tapi keburukannya juga ada. Kebaikannya kita dapat berhubung dengan keluarga yang berada di jauh tetapi bila kita dekat pun kita masih juga menggunakan telefon pintar sehingga hubungan kekeluargaan pun terjejas. Antara aplikasi yang selalu digunakan oleh masyarakat kini seperti WhatsApp, WeChat, BeeTalk, Line dan lain-lain. Masyarakat kini perlu mengawal penggunaan telefon pintar supaya tidak berlaku pelbagai masalah

    ReplyDelete
  6. sememangnya kita tidak dapat menafikan kepentingan telefon pintar bagi kehudupan masyarakat sekarang. dengan adanya telefon pintar, semua maklumat hanya berada di hujung jari. Namun begitu, penggunaan telefon pintar yang terlalu obses akan mendatangkan kesan buruk kepada pengguna itu sendiri kerana cahaya skrin telefon pintar itu boleh merosakkan bahagian retina mata kita lantaran penggunaan telefon yang terlalu lama. selain daripada itu, ia juga akan meningkatkan jurang komunikasi seseorang individu dengan individu yanglain. Mana tidaknya , waktu hujung minggu yang sepatutnya kita manfaatkan dengan keluarga, kita bazirkan dengan melayari internet dan berkomunikasi di alam maya bersama orang yang tidak kita kenali. Berdasarkan entri yang di tulis ini,dapat kita ketahui bahawa ia sememangnya mendatangkan keburukan jika tidak dikawal penggunaannya terutamanya bagi golongan remaja dan kanak-kanak.

    ReplyDelete
  7. Kecanggihan teknologi hari ini sememangnya mempengaruhi aplikasi-aplikasi yang terdapat di setiap telefon pintar. Dan tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa kecanggihan aplikasi bagi sesebuah telefon pintar akan mempengaruhi harga telefon bersesuaian dengan jenama telefon pintar yang dikeluarkan seperti IPhone, Samsung, Oppo, Asus dan yang lainnya. Bagi saya sendiri, seseorang yang memiliki telefon pintar yang canggih tueut melambangkan darjat mereka atau disebut sebagai status. Tidak ketinggalan juga individu yang kurang berkemampuan dari segi kewangan memiliki telefon pintar yang serba canggih semata-mata kerana jenama dan "kecanggihan" teknologi yang diaplikasikan terhadap telefon berkenaan. Memang diakui perubahan arus kemajuan dalam teknologi ini membawa kelebihan dan keburukan kepada individu. Satunya, kebergantungan terhadap telefon yang mana individu atau sesiapa sahaja yang terlibat lebih banyak menghabiskan masa dengan "menilik" telefon di tangan mereka berbanding berkomunikasi secara terus dengan rakan mahupun ahli keluarga mereka. Keduanya, jika individu tidak menggunakan sepenuhnya teknologi ini mereka boleh dikategorikan sebagai "katak dibawah tempung" kerana tidak peka dan tidak ambil kisah dengan kemajuan yang boleh memberi manfaat kepada mereka sendiri.

    ReplyDelete
  8. hal ini juga menjadi sesuatu yang membimbangkanapabila kanak-kanak seawal dua tahun juga tahu mengendalikan telefon bimbit. perkara ini merupakan sesuatu yang merunsingkan kerana mereka menjadikan telefon bimbit sebagai satu budaya dan akan kekal ketika mereka dewasa. Lama- kelamaan generasi seterusnya akan menjadi generasi yang pasif dan tidak tahu berkomunikasi secara dua hala dal secara verbal. ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu menjadi model yang baik agar generasi beru terdidik dengan tradisi yang betul seperti beramah mesra, bertanya khabar dan sebagainya. telefon bimbit merupakan keperluan jadi perlu digunakan ketika perlu sahaja.

    ReplyDelete