“Globalization
typically refers to the process by which different economies and societies
become more closely integrated, and concurrent with increasing worldwide
globalization, there has been much research into its consequences” (Nelson,
2011) . Manakala, menurut Anthony Giddens(1997)Globalisasi iaitu keadaan dimana hubungan sosial antara dunia menjadi rapat
dan perkembangan di luar juga turut mempengaruhi keadaan tempatan dan
sebaliknya. Disini dapat dilihat bahawa
globalisasi itu mempunyai pelbagai definisi dan makna yang begitu meluas.
Pada pandangan kami sendiri, Globalisasi iaitu
lebih dikenali sebagai dunia tanpa
sempadan dan membawa faedah kepada sesebuah negara dan rakyat. Dunia kini
sedang menghadapi arus pemodenan yang pantas, tekonologi yang canggih, pasaran
yang luas menyumbang pelbagai kesan kepada dunia sama baik mahu pun buruk.
Proses globalisasi yang berlaku kini
mungkin disebabkan oleh perkembangan tekonologi yang pesat seperti teknologi
komunikasi, informasi, dan dari segi pengangkutan yang menghubungkan seluruh
pelosok dunia dengan mudah.
Disamping
itu juga, globalisasi juga dapat mewujudkan penubuhan negara-negara ASEAN yang bertujuan menjaga alam sekitar secara
bersama. Dengan kerjasama yang dijalinkan, maka alam sekitar negara masing-masing
dapat dipelihara bersama dengan kaedah pertukaran teknologi.
Seterusnya,
melalui proses globalisasi, pasaran dalam negara dapat ditingkatkan dan kualiti
barangan dapat ditingkatkan. Dengan adanya globalisasi inilah dunia perdagangan dapat menjalankan perdangangan dan perniagaan dengan meluas.
Kebaikan
yang diperoleh daripada proses globalisasi iaitu penduduk dunia dapat merasai
tekonologi yang baru serta sistem komunikasi yang cepat dan mudah serta
menjimatkan masa. Proses globalisasi juga
memberikan peluang kepada negara-negara maju bagi menggalakkan pemindahan teknologi,
kepakaran dan sebagainya. Selain itu juga, dengan wujudnya globalisasi
perkongsian sumber-sumber bahan mentah juga dapat dilkukan dengan negara-negara
luar.
Namun
begitu, proses globalisasi ini juga mempunyai kesan-kesan negatif terutamanya
dalam dunia siber dan teknologi. Sebagai contoh, kini kita telah banyak
dideahkan dengan media social seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan
lain-lain lagi. Kecanggihan teknologi ini juga membuatkan ramai remaja ketagih
untuk melayarinya, lebih buruk lagi mereka hanya membuang masa dengan melihat
gambar-gambar dan video pornografi. Inilah kesan yang amat ketara dan
membimbangkan kita kerana remaja masa kini adalah tulang belakang kepada
kepimpinan negara akan datang. Yang lebih buruk lagi, mereka berkongsi video
tersebut dengan rakan yang lain. Ini adalah fenomena yang tidak sihat dan kita
seharusnya membendung perkara ini daripada berlanjutan.
Secara ringkasnya, globalisasi mempunyai impak yang baik dan buruk. Namun sebagai individu yang menghadapi era globalisasi ini kita seharusnya lebih bijak dalam mencorakkan dunia globalisasi kita.
Bibliography
Giddens, A. (1997). 'The
Globalizing Of Medernity' . London: A Reader.
Nelson.
(2011). Good For Living? On the Relationship between Globalization and Life
Expectancy World Development . Globalization and Challenges; Whar are the
globalization's contemporary issues? , Vol 1 No 6.
sememangnya dunia hari ini sangat dipengaruhi oleh arus kemodenan dan globalisasi sejajar dengan perubahan masyarakat dan juga teknologi itu sendiri. Jadi, pada pandangan saya globalisasi yang berlaku pada masa kini tidak dapat dielakkan kerana kita sebagai individu juga salah satu daripada proses globalisasi. Dan tidak dinafikan bahawa ia memberi impak kepada seseorang bahkan masyarakat. Jadi, seharusnya ia dihadapi dengan sebaik mungkin serta mengurangkan kesan negatif ke tahap minimum.
ReplyDeleteBerdasarkan penerangan di atas, sememangnya globalisasi merupakan sesuatu proses dimana hubungan sosial antara manusia dapat dijalinkan tanpa ada sempadan. Maka, bagi saya proses globalisasi sememangnya diterima oleh setiap masyarakat dunia walaupun ianya juga mempunyai kesan negatif kerana globalisasi sudah diterapkan dalam arus pemodenan yang semakin canggih.
ReplyDeleteSeperti yang dikatakan diatas, kesan negatif terhadap negara menerusi globalisasi ini terlalu banyak. Tengok sahaja dunia sekarang. Rata-rata masyarakat hanya bergantung keoada gadjet mereka untuk berhubung dengan sesiapa sahaja. Menerusi facebook, whatsapp dan sebagainya. Impak besar dalam globalisasi kini dapat dilihat bukan sahaja di institusi sekolah atau universiti malah kluarga.
ReplyDeletepada pandangan saya dengan adanya arus globalisasi terkini mampu memberi banyak kebaikan kepada masyarakat dunia. Hal ini kerana dengan adanya arus globalisasi yang semakin maju membuatkan kita semakin mudah untuk mengetahu tentang pelbagai maklumat dan berhubung dengan sesiapa sahaja. Ini kerana dunia kini hanya dihujung jari kita serta dapat membantu kita mengetahui tentang sesuatu perkara dengan lebih cepat lagi. Namun demikian arus globalisasi kini juga memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat, dimana dengan adanya pelbagai aplikasi yang semakin canggih seperti penggunaan whatsapp, facebook, twiterr dan banyak lagi boleh menyebabkan masyarakat muda kini yang sedang membesar semakin lalai dengan kemudahan yang ada hingga menyebabkan mereka lupa dengan keadaan sekeliling dan tidak menghiraukan apa yang berlaku kerana terlalu taksub dengan teknologi yang ada.
ReplyDeletepada pandangan saya dengan adanya arus globalisasi terkini mampu memberi banyak kebaikan kepada masyarakat dunia. Hal ini kerana dengan adanya arus globalisasi yang semakin maju membuatkan kita semakin mudah untuk mengetahu tentang pelbagai maklumat dan berhubung dengan sesiapa sahaja. Ini kerana dunia kini hanya dihujung jari kita serta dapat membantu kita mengetahui tentang sesuatu perkara dengan lebih cepat lagi. Namun demikian arus globalisasi kini juga memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat, dimana dengan adanya pelbagai aplikasi yang semakin canggih seperti penggunaan whatsapp, facebook, twiterr dan banyak lagi boleh menyebabkan masyarakat muda kini yang sedang membesar semakin lalai dengan kemudahan yang ada hingga menyebabkan mereka lupa dengan keadaan sekeliling dan tidak menghiraukan apa yang berlaku kerana terlalu taksub dengan teknologi yang ada.
ReplyDeleteGlobalisasi sebenarnya memang banyak mendatangkan kebaikan dalam kehidupan pada masa ini. Era globalisasi yang melanda dunia tidak lengkap tanpa kewujudan perkembangan teknologi maklumat. Sememangnya diakui bahawa teknologi maklumat akan memberi bentuk baru kepada corak hidup manusia. Melalui penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah tentu akan membawa kita ke suatu peradaban elektronik. Seperti yang kita ketahui bahawa teknologi maklumat berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan menyampaikan maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor yang dapat dibuat secara elektronik. Dengan ini, teknologi maklumat menggabungkan komputer dan telekomunikasi supaya dapat membentuk sistem-sistem bagi menguruskan maklumat. Internet ialah satu wadah yang digunakan untuk mendapatkan informasi dan maklumat terkini. Kini internet digunakan secara meluas bagi mendapatkan maklumat untuk kegunaan dalam semua bidang seperti dalam bidang pengiklanan, pendidikan, berita terkini dan juga sebagai bahan rujukan. Internet juga dapat memudah dan mempercepatkan proses dagangan antarabangsa mahupun tempatan tanpa perlu pergi ketempat dagangan tersebut. Ini memandangkan setiap urusan dagangan yang menyentuh aspek jenis barangan, kuantiti, kualtiti serta butiran lengkap tentang perjanjian jual beli akan dapat dilakukan dengan begitu cepat dan mudah melalui proses “e-dagang” dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh kemajuan teknologi informasi dan komunikasi pada hari ini. Jika kita lihat masyarakat pada masa dahulu, cara mereka berhubung dengan masyarakat yang tinggal berjauhan adalah sangat rumit dan memakan masa yang agak lama.
ReplyDeleteSelain itu, mereka juga pada kebiasannya akan datang sendiri ke lokasi masyarakat lain yang ingin ditemuinya walaupun memakan masa yang agak lama dan memerlukan tenaga yang agak banyak hanya sekadar untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Namun pada masa kini, dengan kecanggihan sains dan teknologi, segala maklumat yang ingin disampaikan dapat dihantar dengan menggunakan hujung jari seperti berhubung dengan menggunakan telefon, internet, telegram dan sebagainya tanpa memerlukan masa dan tenaga yang banyak.
Namun, seperti yang dikatakan tadi, walaupun globalisasi telah banyak membawa kebaikan dan menyumbangkan kepada kemajuan, globalisasi turut menyumbangkan kepada keburukan. Globalisasi menyebabkan pemikiran yang sangat terbuka dan terlampau. Perkara ini telah mendatangkan keburukan dalam aspek akidah. Hal ini adalah kerana dalam aspek ini, manusia berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan yang menyebabkan kehidupan umat manusia tidak berlandaskan dengan ajaran yang betul. Mereka berfikiran bahawa dunia tanpa sempadan dan setiap pemikiran adalah hak asasi setiap manusia tanpa memikirkan impaknya kepada kehidupan mereka. Jika dilihat pada masa kini, kaum wanita dilihat seperti mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki. Pemikiran ini adalah timbul akibat daripada pemikiran yang terlalu terbuka berpunca daripada era globalisasi. Mereka bebas untuk berbuat apa saja yang difikirkan sesuai tanpa memikirkan baik buruk daripada tindakan tersebut. Contohnya, salahguna internet. Perkara ini menjadi lebih parah lagi apabila mereka melayari laman web yang berunsurkan hiburan, lucah dan sebagainya diinternet. Impak daripada aktiviti tersebut, masalah sosial makin meningkat dan lahirnya perhubungan bebas lelaki dan perempuan, budaya rock, budaya lepak, pembuangan bayi, penagihan dadah dan sebagainya. Budaya yang dikaitkan dengan budaya kebendaan (materialisme) dan berseronok-seronok (hedonisme) ini merebak dan ternyata semakin meningkat (Kemat, 2012).
Globalisasi merupakan proses yang kita hadapi buat masa kini. Sebagai contoh, jika dahulu kikta tidak mempunyai aplikasi untuk berkomunikasi dengan mudah dan cepat, tetapi sekarang kita mempunyai pelbagai jenis rangkaian untuk mengakses sitem komunikasi kita seperti WhatsApps. Jaringan komunikasi seperti inilah yang membawa kita menuju ke arah rangkaian dunia globalisasi yang semakin mencabar dan boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif mahupun positif.
ReplyDeletemengikut apa yang saya faham, globalisasi merujuk kepada satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu taraf yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara, langit mahupun sempadan antara negara. setiap negara terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber.Amat berbeza dengan situasi pada masa dahulu, kini masyarakat di serata dunia mampu berhubung tanpa sekatan melalui pelbagai sistem komunikasi yang di cipta. globalisasi in sememangnya memberi impak yang besar dan amat menyumbang kepada masyarakat dunia untuk mendapatkan informasi yang berguna serta berhubung dengan individu lain. namun begitu, seperti yang telah dinyatakan oleh penulis, walaupun banyak keberuntungan dan kebaikan yang kita perolehi darinya, namun kita juga tidak dapat menafikan bahawa ia turut memberi kesan negatif contohnya seperti penyebaran video mahupun gambar pornografi yang sedikit sebanyak akan merosakkan akhlak individu terutamanya remaja yang belum matang dan hal ini amat mnyumbang kepada peningkatan jenayah seksual di serata dunia. seharusnya, sebagai individu kita perlu menggunakan kemudahan tersebut dengan betul dan memberi manfaat kepada kita.
ReplyDelete