Friday, April 15, 2016

EMOTIKON


Untuk entri kali ini, kita akan memperkatakan isu tentang emotikon. Pada masa kini, perkataan  emoji atau emotikon bukanlah sesuatu yang asing bagi kita semua.   Tetapi apakah yang anda faham tentang  makna sebenar emotikon itu? Secara ringkasnya, perkataan 'emotikon' merupakan gabungan  dari perkataan dari emotional dan  icon yang membawa maksud emosi dan symbol, Menurut Asteroff (1987), beliau mendefinisikan  emotikon ini sebagai 'relational icons', manakala, Danet, Ruedenberg-Wright, dan Rosenbaum-Tamari (1997) pula menyatakan  emotikon sebagai ikon untuk mengekspresikan emosi  untuk menandai niat seseorang sebagai hal yang tidak serius.  Sementara  Rezabek dan Cochenour (1998) pula berpendapat emotikon adalah isyarat visual yang terbentuk dari tipografi simbol biasa yang ketika dibaca terbalik akan mewakili perasaan atau emosi. Menurut Beckingham (2014),  pengenalan 'emoticon' atau ikon emosi bermula sejak 1881 dalam sebuah majalah Amerika Syarikat Puck.


 
                     


Pada awalnya, ia digunakan sebagai  kompensasi untuk menggantikan ketidakmampuan penyampaian melalui suara, emosi, mimik muka, bahasa badan, untuk memberikan satu gambaran yang lebih jelas tentang apa yang ingin dan cuba di sampaikan oleh mereka.Pada awal kemunculan emotikon ini, ia nya bersifat sederhana dan bersifat lebih umum. Namun selari dengan kemunculan teknologi yang membawa kepada kemunculan pelbagai  aplikasi perbualan atas talian seperti Whatsapp, Wechat, Line dan sebagainya, ia menjadi lebih terperinci dan bersifat lebih khusus berbanding sebelumnya. Emotikon biasanya digunakan untuk menunjukkan  perasaan yang cuba di nyatakan seseorang ketika berbual  di atas talian melalui aplikasi tersebut agar ia kelihatan lebih  'hidup' dan menarik. Antara emotikon yang sering digunakan adalah emotikon senyum untuk menunjukkan perasaan bahagia, menangis untuk mewakili rasa sedih dan bengis menandakan rasa marah dan lain-lain  mngikut perasaan dan mood  yang mereka ingin sampaikan. Whatsapp adalah di antara aplikasi yang terkenal pada masa sekarang dan digunakan sebagai medium utama untuk berhubung di antara satu sama lain. Antara sedar atau tidak, di dalam aplikasi Whatsapp sahaja terdapat sebanyak 843 emotikon di dalamnya yang mewakili perasaan, perbuatan, warna kulit bendera mood dan sebagainya. Manakala, pada awal tahun 2016 telah muncul emotikon di aplikasi  Facebook yang membolehkan kita menunjukkan sesuatu perasaan kepada seseorang. 


                            


Secara keseluruhannya, walaupun ia emotikon ini digunakan untuk menerangkan  sesuatu supaya lebih jelas, adakalanya ia juga digunakan dalam situasi untuk bergurau dan bukan bersifat serius dan ia juga tidak memberi gambaran secara keseluruhan tentang perasaan individu terbabit. Contohnya, emotikon menangis  yang digunakan ketika mengungkapkan tentang hal kematian itu tidak dapat menggambarkan perasaan sedih yang sebenarnya individu itu kerana agak   mustahil untuk mendapatkan emotikon untuk menangkap sepenuhnya apa yang kita rasa sebagai manusia. 

                   

RUJUKAN

Alila Pramiyanti, Maylanny Christin. (2014). Makna dan Simbol Emotikon Dalam Komunitas Kaskus. http://journal.fsrd.itb.ac.id/jurnal-desain/pdf_dir/issue_3_13_2_6.pdf


Joseph B.Walther & Kyle D'Addario. (n.d.). The Impact of Emoticons on Message Interpretation in Computer -Mediated Communication



9 comments:

  1. bagi saya yang suka bersembang di aplikasi atas talian, emotikon ini sememangnya selalu saya gunakan untuk memaparkan emosi tnpa perlu bersuara. pelbagai emotikon yang menarik boleh kita pilih mengikut apa yang ingin kita sampaikan kepada rakan kita.tapi adakalanya emotikon ini tidak boleh di ambil serius kerna ia mungkin sekadar gurauan dan bukan mewakili perasaan sebebar seseorang individu.

    ReplyDelete
  2. bagi saya penggunaan emotikon atau emoji ini mampu memberikan kelainan dalam setiap perbualan dalam aplikasi media sosial seperti whatsapp dan facebook.Jika seseorang pengguna tidak dapat menyatakan apa yang ingin disampaikan kadang-kadang dengan penggunaan emotikon ini sudah mampu menerangkan apa yang ingin disampaikan. Tambahan pula setiap emotikon yang, ada mengambarkan semua perasaan yang dirasakan oleh pengguna seperti emoji marah,senyum,sedih,gelak dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih admin di atas perkongsian anda yang sangat bermanfaat. Saya sangat bersetuju bahawa emotikon yang digunakan sebagai input tambahan bagi merancakkan lagi perbualan atau terjemahan emosi yang ingin disampaikan dalam aplikasi teknologi yang semakin canggih seperti WhatsApp, Wechat, Facebook dan lain-lain. Bagi saya sendiri, setiap chat yang dihantar akan disertakan dengan emotikon yang bertujuan menimbulkan unsur sense of humour. Sekiranya tidak disertakan dengan emotikon, seolah-olah perbualan itu sangat serius dan menunjukkan diri kita sombong. Tetapi, jika perbualan tersebut berunsur serius tentu emotikon seperti ketawa akan cuba dielakkan penggunaan. Selain itu, bagi saya emotikon ini sangat membantu melancarkan komunikasi kerana ia dapat menambah seri yang mana isi pesanan bertulis tidak memiliki suara atau intonasi lontaran suara yang dilontaran dapat dibantu dengan wujud emotikon-emotikon tertentu.

    ReplyDelete
  4. Saya bersetuju dengan kehadiran emotikon-emotikon di dalam aplikasi laman sosial seperti wechat, whatsap, facebook dan seumpamanya sebagai element penting didalam memeriahkan lagi perbualan serta dapat membantu di dalam meluahkan perasaan yang terpendam kepada orang lain. Penggunaan emotikon juga dapat menjimatkan masa kerana dengan hanya menekan simbol mengikut perasaan jika dibandingkan dengan menaip. Emotikon juga dapa membantu di dalam meluahkan perasaan seseorang seperti marah, ketawa, menangis, sedih, pening dan sebagainya. Melalui emotikon yang digunakan di hujung perbualan dapat membantu seseorang itu lebih mendalam perasaan kita yang sedang berduka atau bergembira.

    ReplyDelete
  5. Kewujudan emoticon di media sosial terutamanya bagi mereka yang menggunakan applikasi Whatsapp untuk berhubung dengan rakan-rakan sangat memberangsangkan. Emoticon ini digunakan bagi menggantikan perkataan. Sebagai contoh jika kita sedang bersedih kita boleh gunakan emoticon sedih, atau sedang bercinta kita banyak menggunakan emoticon berbentuk hati. Bagusnya emoticon ini adalah untuk meringkaskan perbualan antara kita dan rakan-rakan.

    ReplyDelete
  6. Bagi saya, kewujudan emoticon telah banyak memberi kesan pada diri seseorang pengguna. Hal ini kerana ia dapat menggambarkan perasaan yang terbuku di hati dengan mempamirkan pelbagai jenis emoticon. Contohnya dulu, kita menggunakan perkataan haha sebagai mesej menunjukkan kita suka namun dengan adanya emoticon, pelbagai jenis riak muka dapat diperlihatkan untuk dihantar pada rakan-rakan dan ia juga telah meringkaskan perbualan kerana tidak perlu menaip panjang untuk menerangkan sesuatu keadaan. Pada saya hakikatnya, kehadiran emoticon telah banyak memberi kesan positif pada diri saya ketika perhubungan dalam talian bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga srndiri kerana dapat menggambarkan perasaan sebenar.

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya sendiri.. emoticon adalah lambang kepada perasaan kita. Sebagai contoh, kebanyakkan emoticon banyak digunakan dalam laman sosial seperti WhatsApps. Kepelbagaian emoticon yang ada memudahkan lambang ataupun salah satu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Emoticon seperti senyum, marah kecewa merupakan satu kaedah bagi seseorang menyampaikan mesej..

    ReplyDelete
  8. kewujudan emoticon pada pendapat saya memberikan pesanan kita lebih menarik dan pelbagai. dengan adanya emoticon pesanan tidak hanya sekadar perkataan tapi berbentuk emosi. mesej juga kelihatan lebih dramatis dan menjadikan pengguna bebas meluahkan pramasaan dengan kehadiran emoticon ini.

    ReplyDelete
  9. kewujudan emoticon pada pendapat saya memberikan pesanan kita lebih menarik dan pelbagai. dengan adanya emoticon pesanan tidak hanya sekadar perkataan tapi berbentuk emosi. mesej juga kelihatan lebih dramatis dan menjadikan pengguna bebas meluahkan pramasaan dengan kehadiran emoticon ini.

    ReplyDelete