Thursday, April 14, 2016

KETAGIHAN SELFIE


Potret diri sendiri atau lebih dikenali sebagai Selfie merupakan satu gambar yang diambil oleh diri sendiri dengan menggunakan telefon bimbit atau sebarang teknologi dan kebanyakannya dimuat naik ke laman sosial. Sejarah selfie bermula pada tahun 1909 oleh Joe Byron yang menjadi pemilik syarikat Byron, di mana beliau telah merakam gambar beliau bersama empat rakannya, iaitu Pirie MacDonald, Kolonel Marceau, Pop Teras dan Ben Falk. Mereka berempat adalah pasukan jurugambar di Manhattan dan seterusnya gambar selfie mereka ditayangkan di Muzium Bandaraya New York. Namun begitu, Pada tahun 2013, selfie diumumkan sebagai Word Of The Year oleh Oxford English Dictionary dan diterima pakai oleh masyarakat pada masa kini. 


Menurut kajian yang dibuat oleh pengkaji dari Universiti Kebangsaan Malaysia, gejala selfie terhasil daripada kecanggihan dan perkembangan teknologi terkini dalam menghasilkan telefon pintar, Ipad dan sebagainya telah menyebabkan budaya selfie semakin popular dan digunakan di mana-mana sahaja. Gambar-gambar diambil dan dimuat naik ke laman sosial terutamanya di Facebook dan instagram. Malah, ada juga yang berbentuk video dan sangat popular pada masa kini. Selain itu, selfie juga mempunyai nama lain seperti belfie (gambar menampilkan bahagian belakang tubuh), helfie (menunjukkan stail rambut), welfies (mengambil gambar beramai-ramai) dan shelfie yang juga mempunyai maksudnya yang tersendiri.


 Untuk pengetahuan bersama, pemilik-pemilik akaun media sosial kini lebih berani mempamerkan aksi comel dan pelik semata-mata untuk menarik perhatian rakan laman sosial. ada juga yang menjadikan selfie sebagai tempat untuk mempamerkan identiti sebenar. Kebanyakan pengguna yang gemar berselfie akan merasa puas apabila dapat menunjukkan mimik muka serta aksinya yang tersendiri. Kepuasan diri telah menjadikan seseorang ada keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai di media sosial.

Walaubagaimanapun, bagi golongan yang suka memuat naik aksi yang pelik seoalah-olah bangga dan berpuas hati apabila gambar peliknya diviralkan dan menjadikannya isu tentang gambarnya diambil perhatian. Dengan kewujudan budaya selfie juga telah banyak mengubah pemikiran masyarakat kini iaitu mereka lebih berani di alam maya berbanding di dunia realiti. Kebanyakan golongan yang suka memuat naik gambar selfie merupakan orang yang anti sosial dan lebih gemar berkongsi dan meluahkan apa yang dirasa melalui media sosial. Sifat malu pada diri seseorang juga telah hilang sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup membahayakan diri sendiri semata-mata ingin menjadi perhatian orang ramai di media sosial.






Apa pandangan kalian tentang budaya selfie ?


Rujukan :

Rajenderan, S. (2015, Februari Tuesday). Baik, buruk selfie dalam kehidupan.
Surita Sukri, Nurnabilah Mohd Sani, Darganan A/L raman, Nur Izzah Athirah Bahran, Atikah Sakinah Mat Radzi. (n.d.). Selfie Syndrome.
 https://www.google.com/search?q=selfie&source

11 comments:

  1. namun jika dilihat bahana selfie semakin dipandang sesuatu yang serius. hal ini kerana pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan gambar seseorang itu ke jalan yang tidak baik. contohnya ialah menggunakan gambar tersebut dalam pembuatan klip porno. mereka hanya perlu edit dan proceed klip tersebut . selain itu , ada juga pendapat yang mengatakan mereka yang kerap selfie mempunyai gangguan mental kerana begitu taksub untuk selfiedan memuat naik gambar mereka di media sosial. hal ini berlu diberi kesedaran agar tidak berlebihan dan untuk kebaikan kita sendiri

    ReplyDelete
  2. namun jika dilihat bahana selfie semakin dipandang sesuatu yang serius. hal ini kerana pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan gambar seseorang itu ke jalan yang tidak baik. contohnya ialah menggunakan gambar tersebut dalam pembuatan klip porno. mereka hanya perlu edit dan proceed klip tersebut . selain itu , ada juga pendapat yang mengatakan mereka yang kerap selfie mempunyai gangguan mental kerana begitu taksub untuk selfiedan memuat naik gambar mereka di media sosial. hal ini berlu diberi kesedaran agar tidak berlebihan dan untuk kebaikan kita sendiri

    ReplyDelete
  3. pada zaman sekarang, budaya selfie ini seolah-olah telah menjadi satu trend bagi masyarakat dunia. dengan kemunculan pelbagai jenis telefon pintar , mereka bebas berselfie dan memuat naik gambar mereka ke laman sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya Selfie bukan lah menjadi satu kesalahan jika ia tidak berlebihan. Tetapi ia menjadi sesuatu yang negatif jika kita terlalu taksud dengan selfie dan memuat naik gambar di laman sosial lebi dari 5 kali sehari. kesimpulannya, berwaspada lah dalam berselfie dan jangan terlalu taksub untuk mendapat pujian dari masyarakat.

    ReplyDelete
  4. pada pandangan saya budaya selfie kini semakin menjadI kegilaan semua masyarakat tidak kira tua atau muda. Dengan adanya smartphone kini yang semakin canggih tambahan pula ada kamera hadapan lagI memudahkan pengguna untuk berselfie. Bagi saya sendiri yang juga merupakan salah seorang yang suka berselfie ia sememangnya memberi kepuasan kepada diri saya sendiri bukan untuk tujuan menunjuk semata-mata. Namun tidak dinafikan budaya selfie ini kalau disalah gunakan mampu mendatangkan kesan yang tidak elok. Oleh itu kita sebagai pengguna perlulah berhati-hati.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Bagi saya, budaya selfie itu sendiri membawa kebaikan dan keburukan kepada individu yang sangat obses dengannya. Satunya, dengan berselfie individu tersebut boleh memuaskan diri mereka sendiri yang disebut sebagai "self-satisfaction". Tetapi, harus diingatkan juga gambar-gambar selfie yang di ambil itu tidak seharusnya dimuat naik di media sosial secara keterlaluan kerana saya percaya individu lain yang melihatnya akan merasakan ianya tidak perlu ditonjolkan secara terbuka. Sebaliknya gambar-gambar tersebut dijadikan gambar peribadi dalam simpanan. Selain itu, budaya selfie yang semakin menjadi-jadi ini sebenarnya tidak perlulah dijadikan trend sehingga tidak menghiraukan keadaan sekililing seperti mengambil gambar selfie di tanah perkuburan dan kemudiannya di muat naik di akaun sosial. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa individu tersebut tidak peka dan sensitif dengan tempat dan masa yang nyata salah. Bahkan, mungkin sahaja boleh memudaratkan diri mereka seperti cubaan mengambil gambar selfie di bangunan atau tempat tinggi.

    ReplyDelete
  7. Selfie, telefon pintar dan laman sosial merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan di dalam jiwa seseorang individu tidak kira tua atau yang muda. Berselfie menggunakan telefon pintar dan selepas itu dimuat naik gambar selfie tersebut di dalam laman sosial seperti facebook, wechat, instagram dan sebagainya. Budaya selfie ini pada pandangan saya tidak berapa elok kerana banyak kes yang berlaku berpunca daripada budaya selfie ini. Ada yang terjatuh dari bangunan tinggi semata-mata ingin berselfie, ditempat yang cantik untuk mendapatkan perhatian orang ramai apabila gambar tersebut dimuat naik di dalam laman sosial. Selain itu, ada yang berselfie sanggup dedahkan aurat diri sendiri dan memuat naik gambar tersebut gara-gara inginkan perhatian daripada khalayak ramai. Mereka berasa bangga apabila mendapat perhatian daripada orang ramai walaupun orang-orang di dalam laman sosial itu mereka tidak kenali.

    ReplyDelete
  8. Selfie pada masa kini boleh dikatakan sebagai satu perkara yang wajib dilakukan setiap hari. Dengan adanya telefon pintar atau smartphone, kita boleh berselfie di mana-mana sahaja dan kebanyakan gambar selfie tersebut akan dimasukkan di dalam laman sosial menggunakan smartphone. Ada baik dan buruk juga selfie ini sebenarnya. Kadang-kala ada masyarakat kita yang terlalu taksub dengan selfie sehingga setiap masa, dan tempat dia akan berselfie hanya untuk mendapatkan perhatian dari orang lain. Tidak salah berselfie tapi biarlah berpada-pada.

    ReplyDelete
  9. Selfie pada masa kini boleh dikatakan sebagai satu perkara yang wajib dilakukan setiap hari. Dengan adanya telefon pintar atau smartphone, kita boleh berselfie di mana-mana sahaja dan kebanyakan gambar selfie tersebut akan dimasukkan di dalam laman sosial menggunakan smartphone. Ada baik dan buruk juga selfie ini sebenarnya. Kadang-kala ada masyarakat kita yang terlalu taksub dengan selfie sehingga setiap masa, dan tempat dia akan berselfie hanya untuk mendapatkan perhatian dari orang lain. Tidak salah berselfie tapi biarlah berpada-pada.

    ReplyDelete
  10. Pada diri saya sendiri, selfie seolah menjadi kewajipan dalam kehidupan harian saya terutama apabila keluar dari rumah. Setiap tempat yang saya lawati saya akan selfie untuk dijadikan kenangan dan juga akan memuat naik gambar di medan sosial untuk dikongsi oleh rakan-rakan alam maya. Malah saya juga merupakan penggemar makanan dan suka mencari tempat makan dan makanan yang baru, maka di situ saya akan berselfie dah berkongsi dengan rakan lain sekali gus dapat mengajak rakan lain untuk turut mencuba makanan tersebut. Bagi saya selfie sangat penting pada dunia masa kini dan bukan hanya sekadar untuk mengambil perhatian rakan laman sosial sahaja.

    ReplyDelete
  11. Selfie sekarang sudah menjadi satu tabiat dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada golongan muda ataupun dewasa. Ada sesetengah yang sangat gemar berselfie dan seterusnya mereka akan berkongsi gambar selfie mereka kepada rakan-rakan di alam maya. Pada pendapat saya sendiri.. selfie kini telah menjadi keutaamaan tidak kira apa aktiviti yang dijalani oleh masyarakat. Mungkin itu adalah satu kebiasaan buat mereka yang menggemarinya. Saya sendiri gemar untuk berselfie dan memuatnaik gambar selfie tersebut ke aplikasi seperti Instagram. Aplikasi ini khususnya memang untuk memberi ruang kepada individu untuk memuatnaik gambar untuk dikongsikan ke seluruh dunia.

    ReplyDelete