Manuel Castell argument- new media introduce changes to the
world economy- parallel to those of industrialization and the shift to mass
production.
Apa yang dapat kita lihat kini, dengan adanya media baru
seperti teknologi komunikasi internet, ramai daripada masyarakat bukan sahaja
di Malaysia malah di serata dunia menggunakan medium internet untuk memasarkan
produk mereka untuk disewa mahupun di jual. Internet kini banyak memudahkan
peniaga yang menggunakan modal kecil untuk memulakan perniagaan. Sebagai contoh
peniaga yang menjual tudung dan makanan di Facebook dan Instagram. Kebanyakan
daripada mereka tidak mempunyai kedai tetapi mereka menggunakan rumah mereka
sebagai tempat untuk menjual.
Antara contoh yang dapat dilihat, peniaga menjual makanan dan tudung di Facebook.
Sedikit perkongsian mengenai seorang jutawan muda, Irfan
Khairi yang merupakan Pakar Perniagaan Internet, Personaliti TV dan Radio.
Irfan Khairi memperoleh keuntungan lumayan sehingga mampu bergelar jutawan pada
usia yang sangat muda sebelum memcecah usia 30 tahun. Beliau menceburi bidang
perniagaan sendiri di internet dan mempunyai lulusan Ijazah Sarjana Muda Reka
Cipta Multimedia dari University Staffordhire, UK. Irfan memulakan perniagaan
sejak berusia 18 tahun dan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya
menggunakan computer riba dan internet. Dala masa tiga tahun beroperasi, beliau
pernah mendapat keuntungan sebanyak rm 1 juta untuk salah satu perniagaannya
tanpa pekerja dan peralatan computer canggih.

tanpa pekerja dan peralatan computer canggih. Ditanya tentang
kelebihan perniagaan Internet, Irfan berkata, 'Kemudahan Internet sebenarnya
memberikan potensi cukup luas dalam memperluas perniagaan dan kita boleh
berniaga apa-apa sahaja di luar sana. Jenis perniagaan itu pula bebas asalkan
mendapat permintaan.'
Internet kini bukan sahaja digunakan untuk menghubungkan pertalian kekeluargaan malah turut menjadi medium bagi mendapatkan pendapatan bagi mereka yang benar-benar bersungguh-sungguh dan cekal dalam perniagaan. Selain itu, ianya telah memudahkan ramai pihak termasuklah pembeli yang tidak banyak masa untuk membeli barangan diluar. Mereka hanya membuat pembayaran dan pembelian secara online untuk mendapatkan barang dan ianya semudah ABC.
apa komen anda ........
rujukan