Monday, March 14, 2016

Internet dan Perniagaan




Manuel Castell argument- new media introduce changes to the world economy- parallel to those of industrialization and the shift to mass production. 


Apa yang dapat kita lihat kini, dengan adanya media baru seperti teknologi komunikasi internet, ramai daripada masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia menggunakan medium internet untuk memasarkan produk mereka untuk disewa mahupun di jual. Internet kini banyak memudahkan peniaga yang menggunakan modal kecil untuk memulakan perniagaan. Sebagai contoh peniaga yang menjual tudung dan makanan di Facebook dan Instagram. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai kedai tetapi mereka menggunakan rumah mereka sebagai tempat untuk menjual. 
Antara contoh yang dapat dilihat, peniaga menjual makanan dan tudung di Facebook.

 



Sedikit perkongsian mengenai seorang jutawan muda, Irfan Khairi yang merupakan Pakar Perniagaan Internet, Personaliti TV dan Radio. Irfan Khairi memperoleh keuntungan lumayan sehingga mampu bergelar jutawan pada usia yang sangat muda sebelum memcecah usia 30 tahun. Beliau menceburi bidang perniagaan sendiri di internet dan mempunyai lulusan Ijazah Sarjana Muda Reka Cipta Multimedia dari University Staffordhire, UK. Irfan memulakan perniagaan sejak berusia 18 tahun dan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan computer riba dan internet. Dala masa tiga tahun beroperasi, beliau pernah mendapat keuntungan sebanyak rm 1 juta untuk salah satu perniagaannya tanpa pekerja dan peralatan computer canggih.




Sedikit perkongsian mengenai seorang jutawan muda, Irfan Khairi yang merupakan Pakar Perniagaan Internet, Personaliti TV dan Radio. Irfan Khairi memperoleh keuntungan lumayan sehingga mampu bergelar jutawan pada usia yang sangat muda sebelum memcecah usia 30 tahun. Beliau menceburi bidang perniagaan sendiri di internet dan mempunyai lulusan Ijazah Sarjana Muda Reka Cipta Multimedia dari University Staffordhire, UK. Irfan memulakan perniagaan sejak berusia 18 tahun dan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan computer riba dan internet. Dala masa tiga tahun beroperasi, beliau pernah mendapat keuntungan sebanyak rm 1 juta untuk salah satu perniagaannya tanpa pekerja dan peralatan computer canggih. Ditanya tentang kelebihan perniagaan Internet, Irfan berkata, 'Kemudahan Internet sebenarnya memberikan potensi cukup luas dalam memperluas perniagaan dan kita boleh berniaga apa-apa sahaja di luar sana. Jenis perniagaan itu pula bebas asalkan mendapat permintaan.'






Internet kini bukan sahaja digunakan untuk menghubungkan pertalian kekeluargaan malah turut menjadi medium bagi mendapatkan pendapatan bagi mereka yang benar-benar bersungguh-sungguh dan cekal dalam perniagaan. Selain itu, ianya telah memudahkan ramai pihak termasuklah pembeli yang tidak banyak masa untuk membeli barangan diluar. Mereka hanya membuat pembayaran dan pembelian secara online untuk mendapatkan barang dan ianya semudah ABC. 

apa komen anda ........


rujukan


8 comments:

  1. Entri di atas membincangkan penggunaan internet dan perniagaan. Pada fikiran saya sendiri, dunia kini amat memerlukan internet bagi memudahkan kita untuk mengaksess sesuatu maklumat sebagai contoh, ramai individu di luar sana yang mengambil peluang yang bijak ini untuk mencipta produk dan hanya menggunakan internet untk mempromosikan nya sahaja tanpa perlu bersemuka dengan pelanggan. Ini ternyata internet boleh mendatangkan manfaat kepada pemilik produk tersebut dengan hanya tinggal di rumah sahaja boleh menjana pendapatan tidak terkecuali juga isteri sepenuh masa merebut peluang ini untuk menambah pendapatan mereka.

    ReplyDelete
  2. sepeti yang kita semua tahu, internet merupakan satu medium baharu dalam dunia perniagaan bagi memasarkan barangan dengan lebih cepat dan berkesan. ia sememangnya memberi peluang yang sangat besar kepada peniaga-peniaga yang baru bertapak dan berkecimpung dalam dunia perniagaan. perniagaan atas talian sebenarnya lebih menjimatkan kerana peniaga tidak perlu menyewa kedai dan cuma perlu mempromosikan nya melalui medium seperti facebook, instagra,m, wechat dan sebagainya. perniagaan atas talian ini juga amat sesuai bagi wanita yang bekerjaya kerana ia tidak memerlukan masa yang pnjang dan kita boleh mempromosikannya mengikut waktu yang terluang contohnya seperti ketika waktu rehat ataupun waktu malam sebelum tidur.

    ReplyDelete
  3. perniagaan menerusi internet ini banyak sudah kita lihat terutamanya di laman sosial. saya sendiri pernah menggunakan facebook dan instagram untuk menjual barangan saya seperti makanan dan kosmetik. saya hanya menggunakan beberapa keping gambar yang dimasukkandalam facebook dan terus mempromosikannya. bagi saya, perniagaan menerusi online ini sangat memudahkan ramai pihak. kalau rasa malas nak keluar beli barang, kita hanya boleh pesan melalui Whatsapp atau facebook. begitu mudah dunia internet sekarang. tetapi perlu berhati-hati dengan sesetengan penjual yang sengaja mengambil keuntungan dengan menipu pembeli dengan cara tidak menghantar barangan atau menjual barang dengan harga yang sangat mahal.

    ReplyDelete
  4. Bagi saya perniagaan atas talian ini memberi kelebihan kepada pembeli kerana berpeluang untuk membandingkakan harga serta kualiti sesuatu barangan sebelum membuat keputusan sama ada mahu membelinya ataupun tidak. Selain itu juga, ia dapat memudahkan kita sebagai pembeli tidak perlu menghabiskan masa di shopping complex untuk membeli satu-satu barangan. Bahkan hari ini juga tidak asing lagi dengan cara penghantaran COD ke rumah kita. Keadaan ini tentu sahaja memudahkan kita dalam konteks menikmati sepenuhnya kemudahan internet serta jualan atas talian.

    ReplyDelete
  5. Perniagaan Internet banyak memberi kelebihan kepada individu. Bagi perniaga, Perniagaan Internet dapat menjimatkan ruang dan modal yang besar. Untuk memiliki ruang pejabat yang besar dan mempunyai kelengkapan perabot dan pelbagai alatan elektrik, anda memerlukan modal berpuluh ringgit. Dalam perniagaan internet, perniaga hanya perlu laman web yang simple tetapi berkesan, hosting, dan talian internet serta komputer riba. Perniaga tidak perlu memiliki ruang pejabat rasmi, sebaliknya perniaga bole melakukan di mana sahaja berada selagi ada rangkaian internet. Selain itu, perniagaan internet juga tidak perlu ramai perkerja dan membayar gaji bulanan mereka. Hal ini demikian kerana, perniagaan internet tidak sama seperti perniagaan konvensional yang memerlukan beberapa pekerja. Maka, sudah pasti perniaga perlu membayar gaji bulanan atau harian kepada mereka. Sebaliknya, tidak untuk perniagaan internet, perniagan boleh melakukan perniagaan berseorangan atau bersama keluarga seperti suami atau isteri hanya di rumah. Bukan itu sahaja, perniaga juga mampu memiliki beberapa perniagaan internet dalam satu masa.

    ReplyDelete
  6. pada saya perniagaan ini merupakan sesuatu yang kreatif . hal ini peniaga bijak menarik perhatian pelanggan yng gemarkan membeli belah barangan diatas sistem online. dengan menggunakan modal yang sedikit mereka mampu menjada keuntungga yang lebih dan menarik ramai pelanggan.

    ReplyDelete
  7. Pada pandangan saya sendiri, perniagaan secara online ini banyak memberi keuntungan kepada individu itu sendiri. Hal ini kerana, dengan adanya perniagaan secara online menarik minat ramai pelanggan kerana pelanggan kini lebih gemar shopping secara atas talian kerana dapat menjimatkan masa mereka.Majoriti yang dapa kita lihat pada zaman kini ramai yang lebih berminat dengan shopping atas talian dan barang boleh dihantar terus ke rumah. selain itu, peniaga itu sendiri boleh melakukan pelbagai perkara lagi tanpa perlu menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan mereka.

    ReplyDelete
  8. Perniagaan secara online semenangnya menjadi trend masyarakat pada masa kini terutama golongan suri rumah tangga untuk menolong meningkatkan ekonomi keluarga mereka. Suri rumah pada dulunya dikatakan hanya menyediakan makan pakai serta urus rumah kini berjaya meningkatkan ekonomi keluarga dengan hanya keluar rumah apabila ada barang yang hendak di poskan sahaja. Ia menjimatkan masa, tenaga dan juga masa di rumah untuk diluangkan bersama anak-anak dan suami juga banyak. Malah dengan idea-idea kreatif masyarakat kini juga pembeli juga dapat manfaat dimana penjual dapat menjual dan berurusan jual beli di media sosial contohnya tempahan kek dan kek tersebut hanya akan di hantar oleh pembuat / penjual kepada pembeli. Ia sangat menjimatkan masa pembeli kerana tidak perlu ke kedai untuk membelinya.

    ReplyDelete