Thursday, March 24, 2016

Wartawan Warga / Citizen Journalism






Hari ini setiap individu boleh menjadi wartawan warga atau dikenali sebagai "citizen journalism" kerana kemajuan arus teknologi digital yang kian membangun dengan pesatnya. Apakah yang dimaksudkan dengan wartawan warga atau "citizen journalism" ini? Menurut Datuk Dr Chamil Wariya, wartawan warga merupakan individu atau organisasi media yang mana tugas mereka adalah menyebar dan menyalurkan maklumat berbentuk laporan berita serta penulisan artikel yang bebas daripada pengaruh, kepentingan dan pemilikan kerajaan atau mana-mana parti politik dan juga para pelabur yang lain. Kebiasaannya, wartawab warga ini adalah wartawan yang tidak berbayar kerana mereka menyampaikan berita kepada masyarakat secara "freelance". Contoh mudah yang boleh dilihat dalam kerja sebagai wartawan warga adalah mereka merakam sesuatu yang berlaku di hadapan mereka secara "live" dan seterusnya memuat naik di laman sosial mereka untuk memberitahu khalayak umum. Kadang kala sesuatu yang dihebohkan atau menjadi viral itu tidak benar kesahihan cerita dan sumbernya. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa peralihan medium capaian berita hari ini dipengaruhi oleh saluran media yang ada rentetan daripada kecanggihan teknologi seperti portal berita dalam talian serta media sosial yang lain. 



Untuk memudahkan pemahaman bacaan kalian mengenai wartawan warga atau "citizen journalism" ini, kalian boleh menonton video yang dikongsikan ini, iaitu Citizen Journalism On The Rise oleh Ahmad Shihab-Eldin (Journalist & New Media Producer).

Rujukan:  

N.A. (2015, Disember 03). Malaysian Access. Retrieved Mac 23, 2016, from Lambakan wartawan warga era digital beri cabaran besar kepada wartawan profesional - MPI: malaysianaccess.com

Video ehsan dari YouTube 


9 comments:

  1. Kini, ramai masyarakat terutamanya di Malaysia sudah banyak menjadi wartawan warga tanpa mereka sedari. Masyarakat kini gemar menggunakan medium media sosial sebagai salah satu sumber maklumat untuk disebarkan atau untuk mendapatkan maklumat. Kadang-kala maklumat yang diberikan boleh dijadikan sebagai bahan berita oleh wartawan media tetapi maklumat itu juga boleh menjadikan sesuatu isu yang kecil menjadi viral. Sebagai contoh isu wang hantaran tidak cukup baru-baru ini. Pada asalnya mereka hanya mengambil video dan diletakkan di dalam laman sosial tetapi atas tindakan masyarakat yang lain mereka viralkan video dan cerita yang mereka hanya mengandaikan sahaja. Ada kebaikan dan keburukan wartawan warga ini. Yang baik eloklah digunakan. Yang kurang baik eloklah dibuang jauh-jauh 😀😀😀😀😀

    ReplyDelete
  2. citixen journalist adalah kerjaya yang baik jika dilihat daripada sudut yang positif. dari penyampaian maklumat mampu memberikan pengetahuan secara terus kepada pembaca melalui media khususnya media sosial. seperti yang kita ketaahui masyarakat kini lebih sinonim dengan media sosial jadi dengan kehadiran jurnal citizen mampu membuatkan mereka tambah ilmu disamping mereka berseronok. namun kesilapan yang berlaku apabila mereka golongan jurnal citizen kini semakin obses dengan kerjaya dan minat mereka. kadangkala mampu memberi viral berita yaan tidak benar dan itu akhirnya mengundang kesan yang tidak diharapkann kadangkala menjatuhkan maruah seseorang.

    ReplyDelete
  3. citixen journalist adalah kerjaya yang baik jika dilihat daripada sudut yang positif. dari penyampaian maklumat mampu memberikan pengetahuan secara terus kepada pembaca melalui media khususnya media sosial. seperti yang kita ketaahui masyarakat kini lebih sinonim dengan media sosial jadi dengan kehadiran jurnal citizen mampu membuatkan mereka tambah ilmu disamping mereka berseronok. namun kesilapan yang berlaku apabila mereka golongan jurnal citizen kini semakin obses dengan kerjaya dan minat mereka. kadangkala mampu memberi viral berita yaan tidak benar dan itu akhirnya mengundang kesan yang tidak diharapkann kadangkala menjatuhkan maruah seseorang.

    ReplyDelete
  4. kewujudan citizen ini sebenarnya memberi kesan positif dan juga negatif kepada masyarakat sebenarnya. Jika kita melihat darisudut positif, ia amat bermanfaat kepada masyarakat dalam mendapakan info dan berita-berita semasa dengan lebih mudah dan cepat. Selain daripada itu, masyarakat juga tidak perlu bergantung kepada satu sumber sahaja. Namun begitu, ia juga turut memberikan kesan buruk dalam msyarakat, sebagai contohnya, citizen journalist ini dikhuatiri menyebarkan fitnah melalui fakta-fakta dan info yg tidak sahih dan ini akan mengelirukan pembaca kerana percanggahan informasi dari sumber yang berbeza.

    ReplyDelete
  5. Wartawan warga sememangnya layak untuk di miliki oleh sesiapa sahaja. Namun begitu, terdapat pelbagai perspektif manfaatn wartawan warga ini. Antaranya mereka boleh menyampaikan berita apa yang mereka lihat di hadapan mata mereka. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat melalui pelbagai medium perantaraan pendapat seperti Facebook, Blog, Vlog, WhatsApps dan sebagai nya dengan pendapat dan isu yang ingin mereka ketengahkan.

    ReplyDelete
  6. wartawan warga adalah merupakan individu yang selalu menyebarkan sesuatu berita kepada umum walaupun tidak ditenukan kesahihannya terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika seseorang individu menyampaikan tenang sesuatu perkara secara automatik ia akan digelar sebagai wartawan warga. Biasanya wrtawan warga ini mereka mempunyai blognya yang tersendirI serta mempunyai pengikut. Namun kerjaya wartawan warga ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri seperti menyampaika sesuau berita tanpa mengetahui kesahihannya erlebih dahulu.

    ReplyDelete
  7. Wartawan warga merupakan golongan penulis yang memberi laporan, menyampaikan berita dan informasi terkini. Mereka merupakan golonagan wartawan / penulis non-profesional kerana mereka bebas menyampaikan dan menyiarkan maklumat atau berita dalam laman sosial atau blog mereka walaupun tidak pasti akan kebenarannya. Ada yang menyampaikan maklumat yang benar namun ada juga golongan penulis yang cuba untuk menjatuhkan individu tertentu dengan menyebarkan berita palsu.

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya secara peribadinya, kemunculan wartawan warga hari ini sebenarnya mencabar kewibawaan profesion wartawan profesional dalam konteks kandungan berita yang disampaikan kepada khalayak. Pertamanya, wartawan warga tidak memerlukan kursus atau kepakaran khusus untuk bergelar sebagai wartawan profesional. Mereka boleh melaporkan sebarang berita atau isu di laman sosial seperti Facebook ataupun di laman-laman blog yang dicipta untuk tujuan menyampaikan isu atau maklumat. Selain itu, cara berita disampaikan oleh wartawan warga dan wartawan profesional juga berbeza. Mereka yang bertindak sebagai wartawan warga boleh menyampaikan berita secara terus kepada umum tanpa melalui proses editorial seperti wartawan profesional. Hal ini menunjukkan kualiti berita juga tidak sama yang mana wartawan profesional miliki. Apabila wartawan warga muncul seperti "cendawan yang tumbuh selepas hujan" telah menjejaskan kredibiliti wartawan profesional kerana masyarakat umum boleh mengetahui isu semasa tanpa perlu membeli akhbar, sebaliknya melalui capaian berita secara atas talian yang boleh didapati dengan percuma sahaja.

    ReplyDelete
  9. Pada pandangan saya, kewujudan wartawan warga mendatangkan kesan negatif dan positif. Kesan negatif kewujudan wartawan warga adalah, ada sesetengah maklumat yang disampaikan di dalam media sosial tidak tepat dan benar. Hal ini demikian kerana, mereka menyebarkan apa-apa sahaja yang berlaku di depan mata mereka tanpa menyiasat punca sesuatu perkara itu berlaku. Selain itu, kewujudan wartawan warga juga dapat mewujudkan perselisihan faham. Hal ini demikian kerana, maklumat yang mereka sampaikan bercanggah dengan maklumat yang wartawan professional sampaikan kerana mereka tidak mendapatkan maklumat dengan tepat dan betul.
    Walau bagaimanapun, kewujudan wartawan warga sangat membantu di dalam menyebarkan maklumat dengan cepat dan pantas. Selain itu, kewujudan wartawan warga juga dapat menjimat masa dan tenaga. Perkara yang berlaku akan tersebar dengan cepat tanpa menunggu beberapa hari seperti yang wartawan professional lakukan.

    ReplyDelete