Friday, March 18, 2016

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL MASA KINI





Media Sosial?? Siapa je yang tak tahu media sosial dekat sini angkat tangan? Meh sini admin ketuk sorang-sorang. Masa kini, media sosial ni dikira medium yang paling penting untuk kita semasa manusia ni berkomunikasi. Tipulah kalau korang kata korang takde smartphone kan???? IPhone, Samsung, Asus, Lenovo, anak beranak tu lah yang kita sekarang ni gunakan untuk berhubung dengan kawan-kawan atau keluarga. kadang-kadang kawan dekat sebelah bilik je pun. Sebabkan kita ni malas nak bangun, so Whatsapp je lah kan.. okayyy. Admin dengan member-member admin ada la buat beberapa survey berkaitan dengan penggunaan media sosial ni. so ayat ni ada sikit lah macam karangan. harap korang yang baca ni dapatlah hadam ye. 



Antara soalan yang ditanya adalah medium sosial yang manakah yang menjadi kegemaran masyarakat untuk dilayari dalam masa sehari. Kami mendapati hampir 73.5% masyarakat masa kini gemar menggunakan Facebook sebagai salah satu medium untuk bersosial. Instagram merupakan kedua tertinggi di dalam senarai iaitu sebanyak 47.1% diikuti dengan Twitter sebanyak 38.2% dan selebihnya merupakan media sosial yang lain seperti Line, Beetalk dan lain-lain.  Kiranya sekarang Facebooklah nombor satu dalam ranking survey yang admin dengan geng admin buat? Tak percaya tengoklah gambar bawah ni..





Kini, media sosial merupakan antara medium untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Ramai diantara responden mengahbiskan masa untuk melayari laman sosial tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Hampir 18 daripada 34 orang responden meluangkan masa untuk melayari media sosial selama tiga jam dan keatas dengan peratusan sebanyak 52.9%. 26.5% meluangkan masa antara 30 minit hingga satu jam dan selebihnya dari satu jam hingga dua jam. 
3 jam keatas paling lama responden kami gunakan masa mereka untuk melayari laman sosial? perhhhhh lama kot 3 jam tu. Korang yang baca ni dah berapa jam online ni??? 



Seperti yang kita tahu, masa kini smartphone merupakan antara barangan yang penting yang perlu ada untuk mahasiswa terutamanya bagi melayari internet untukmendapatkan maklumat dan sebagainya. Responden yang kami dapat mencatat hampir 91.2% menggunakan smartphone bagi melayari media sosial. Hal ini demikian kerana, ianya mudah dibawa dan jika ada akses internet, bila-bila masa sahaja boleh membuka laman sosial tersebut. 


Terdapat pelbagai sebab untuk kita membuka laman sosial bukan? Responden kami sebanyak 48.6% memberikan jawapan kecendenrungan mereka membuka laman sosial ini adalah untuk mendapatkan informasi terkini. Informasi ini terdiri daripada berita-berita terkini dalam dan luar negara seperti yang terjadi baru-baru ini. Heboh di media sosial yang menyatakan Ankara,Turki telah dibom. Ada sesetengah pihak todak tahu mengenai berita tersebut jadi mereka mendapatkan maklumat mengenai itu daripada media sosial.




Jumlah selebihnya menggunakan laman sosial untuk hiburan (44.1%), kisah dan gaya hidup (44.1%), resipi (35.3%), kesihatan (20.6%) dan lain-lain (17.6%). 


Selain daripada bertanya mengenai laman sosial yang digunakan, kumpulan kami juga bertanyakan pendapat responden mengenai kebebasan dalam meluahkan perasaan di laman sosial. Hampir separuh daripada responden berpendapat bahawa mereka tidak diberikan kebebasan untuk bersuara walaupun di laman sosial mereka sendiri. Hal ini demikian kerana mereka terikat dengan undang-undang. Ada juga yang menyatakan bahawa mereka masih berasa bebsa untuk menyuarakan pendapat mereka di dalam media sosial ini kerana ianya merupakan hak mereka sendiri dan sebenarnya kebebasan ini bergantung kepada apa yang cuba mereka sampaikan. Jika apa yang disuarakan itu menganggu sensitivity dan boleh mengakibatkan huru-hara ianya perlulah dielakkan. Ada beberapa responden kami pernah digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Hal ini sepatutnya tidak boleh terjadi jika diketatkan kawalan dalam media siber. Ada responden yang memberitahu supaya tidak meletakkan info-info diri kita atau keluarga secara terdedah di laman sosial seperti nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor bank dan sebagainya. Hal ini akan memeudahkan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara yang tidak elok terhadap diri kita. 


 
Ramai yang bersetuju bahawa media sosial ini mampu memberikan pelbagai kemudahan dan fungsi kepada mereka selain daripada menambah kenalan baru. Hal ini demikian kerana, media sosial ini mudah untuk diakses dan boleh digunakandengan lebih cepat dan pantas. Kehidupan pelajar kita,dapat kita lihat kebanyakan daripada mereka menggunakan media sosial untuk berhubung untuk mendapatkan maklumat bagi tugasan mereka. 

So, itu je lah serba sedikit survey yang kami dah buat untuk tengok pattern masyarakat sekarang apabila menggunakan internet. Yang paling penting sekarang, jangan gunakan media sosial secara melebih-lebih sehingga hubungan kekeluargaan atau dengan kawan-kawan korang musnah macam tu je. Nak online tu biar berpada-pada. Untuk yang ada anak atau adik-adik dibawah 18 tahun tu, pantau sikit apa yang mereka buka. Jangan kita sibuk dengan telefon kita, anak/adik kita dah kene scam love pulak. Bahayaaaaaaa. 


Jadi,apa komen anda mengenai media sosial? Jom kongsi!!

9 comments:

  1. saya menggunakanfacebook secara kerap kerana ianya memberikan pelbagai informasi untuk saya, kawan dan keluarga bagi mendapatkan pelbagai maklumat. tetapi banyak juga maklumat yang tidak sahih yang perlu dipantau dan disekat oleh KKMM. sebenarnya masa yang diluangkan untuk menggunakan media sosial ini bergantunng kepada kegunaan kita sendiri. jika mereka berniagaa menggunakan media sosial semestinya masa mereka banyak dihabiskan di hadapan komputer. tetapi jika meluangkan masa yang banyak hanya untuk mengisi masa lapang, bagi saya ada baiknya masa tersebut diluangkan untuk perkara yang lebih berfaedah. saya lihat kini, ramai orang telah menggunakan smartphone dan smartphone ini telah menggantikan hubungan yang telah dibina. saya pernah ke sebuah kedai makan dan melihat satu keluarga duduk dekat satu meja dan haya memandang ke smartphone mereka. ayah ibu sibuk dengan melayan group whatsapp. anak-anak yang sudah dewasa sibuk dengan facebook,instagram, twitter. anak yang kecik sudah mempunyai tablet khas untu permainan. sudah tidak ada lagi riuh rendah bersembang dengan keluarga. kita sepatutnya meluangkan masa dengan kelurga dan jangan keluarkan smartphone apabila bersama keluarga. jangan kita jadikan alasan sibuk dengan gadjet sehingga hubungan dengan semua orang terabai. ^_^

    ReplyDelete
  2. Saya sendiri akui saya sangat ketagih dengan media sosial walaupun tidak selalu update atau post status. Contoh yang saya boleh ambil adalah melalui akaun Facebook saya sendiri, sebulan pun betul tentu saya update status mahupun upload gambar. Yang ada hanyalah gambar yang di 'tag' oleh kawan-kawan terdekat. Untuk pengetahuan admin juga, akaun Facebook, WeChat, WhatsApp dan Instagram saya tidak pernah di 'logout' dari smartphone saya. Hal ini bertujuan memudahkan saya untuk melihat sesuatu isu dengan pantas kerana ianya terletak di hujung jari sahaja serta berhubung dengan rakan mahupun keluarga melalui aplikasi WhatsApp. Selain itu juga, 'mobile data' akan ditutup apabila mahu tidur sahaja.:D Jadi, bagi saya walaupun media sosial dan teknologi hari ini mempengaruhi cara komunikasi kita seharusnya komunikasi secara 'face to face' masih lagi penting untuk diamalkan kerana kadang kala lontaran suara, emosi serta ekspresi diri tidak sama diguna pakai melalui aplikasi online dengan bertentangan mata.

    ReplyDelete
  3. Sebagai seorang pelajar kajian Komunikasi, sudah tentu saya perlu mengambil tahu dan cakna dengan hal yang berlaku di sekitar kita. Dengan adanya media sosial Facebook masa kini, ianya dapat membantu saya dengan mendedahkan perkara yang berlaku di sekeliling. Sebagai contoh, pada hari ini iaitu 21/03/2016 berlaku kes bunuh diri di Kampung Saya. Saya hanya mengetahui maklumat tersebut hanya di hujung jari iaitu di Facebook. Terlalu cepat dan tepat maklumat yang diterima melalui medium ini. Sememangnya, banyak maklumat yang diperoleh dengan adanya Facebook selain untuk berkomunikasi malah kita dapat menyampaikan sesuatu berita kepada orang lain selagi ianya bermanfaat. Sekian, Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. kehadiran media sosial tidak dinafikan mampu memberi 1001 perasaan kepada seseorang indiviidu. baik sedih mahupun fembira, terharu , dan sebagainya.namun, penggunaan media sosial yang berlebihan mampu mengundang ketagihan dan akhirnya terjadi masalah seperti scam, hack dan sebagainya. seharusnya para pengguna lebih caknakeatas kesan-kesan tersebut sebelum mnjadi kritikal

    ReplyDelete
  5. kehadiran media sosial tidak dinafikan mampu memberi 1001 perasaan kepada seseorang indiviidu. baik sedih mahupun fembira, terharu , dan sebagainya.namun, penggunaan media sosial yang berlebihan mampu mengundang ketagihan dan akhirnya terjadi masalah seperti scam, hack dan sebagainya. seharusnya para pengguna lebih caknakeatas kesan-kesan tersebut sebelum mnjadi kritikal

    ReplyDelete
  6. Bagi saya, facebook merupakan satu medium yang terpenting untuk mengetahui perkembangan terkini tentang rakan yang jauh, saudara mara dan juga kenalan-kenalan lama. hal ini kerana facebook telah menjadi satu perkara wajib yang saya rasa hampir 99% golongan dibawah 50 tahun memang mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun facebook. tidak hairanlah jika kajian dari pihak admin mnyatakan bhawa lebih dari 50% pengguna online melebihi 3 jam kerana saya sendri adakalanya menggunakan lebih dari 3jam dalam sehari kerana sebagai seorang pelajar, banyak perkara yang menuntut saya untuk menggunakan media sosial, sebagai contohnya untuk menghantar tugasan, berkongsi nota, medapatkan informasi dan sebagainya.sebagai seorang yang matang kita seharusnya menggunakan media sosial dengan cara yang lebih matang, bukan menggunakannya dengan tujuan untuk berseronok dan mencari pasangan sahaja.

    ReplyDelete
  7. Pada pandangan saya, media sosial mempunyai kebaikan dan keburukan. Media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya mempunyai kebaikan kepada seseorang individu itu jika digunakan untuk tujuan yang baik. Contohnya, facebook digunakan untuk berkongsi info kesihatan pasal resdung. Info kesihatan yang dikongsi dengan orang ramai banyak mendatangkan
    manfaat terutamanya kepada penghidap penyakit resdung. Mereka boleh menggunakan maklumat yang dikongsi sebagai panduan untuk merawat resdung. Selain itu, laman sosial seperti whatsap juga dapat membantu mengeratkan hubungan silaturahim keluarga. Contohnya, dengan membuat whatsap kumpulan khas untuk keluarga. Segala perkara yang ingin dikongsi dengan keluarga dapat di hantar di dalam whatsap kumpulan. Sehubung dengan itu,keluarga yang dekat mahapun yang jauh dapat menikmati bersama rasa gembira atau duka yang telah dikongsi.
    walaubagaimanapun, laman sosial juga akan mendatangkan kesan buruk jika tujuan penggunaannya untuk keburukan. Contohnya, menyebarkan maklumat palsu tentang ajaran agama. Maklumat tentang ajaran agama yang terpesong yang disebarkan dan dikongsi dengan orang ramai membuatkan orang ramai percaya akan maklumat tersebut. Keadaan tersebut akan menyebabkan berlakunya ajaran sesat.
    kesimpulannya, laman sosial dapat mendatangkan kesan baik jika dgunakan dengan betul dan secara berhemah. Jika laman sosial digunakan untuk tujuan keburukan maka, kesan buruklah yang akan kita dapat. Jadilah pengguna laman sosial yang cermat dan berhemah.

    ReplyDelete
  8. pada pandangan saya media sosial ini merupakan salah satu medium yang penting kepada saya. Hal ini kerana media sosial seperti Facebook, Whatsapp, wechat, instagram,twitter dan banayak lagi memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat serta berkongsi apa sahaja yang saya tahu samaada dari segi pendidikan, sosial dan sebagainya. Contonya saya sendiri lebih gemar mengupload gambar dalam media sosial seperti facebook untuk kepuasan saya sendiri. Namu tak dapat dinafikan bahawa media sosial ini juga dapat memberi keburukan jika individu itu sendiri menyalahgunakan kemudahan yang ada.

    ReplyDelete
  9. Pada pandangan saya, media sosial merupakan satu medium komunikasi yang sangat penting pada masa kini. Penggunaan media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Instagram telah memberi impak pada diri saya untuk terus bersosial di alam maya. Saya bebas untuk berhubung dan menyampaikan apa yang ingin saya sampaikan di alam maya. Media sosial juga telah memberi kesan yang amat ketara pada diri saya dimana ia memberi kepuasan pada diri saya apabila dapat berkongsi apa yang dirasa malah dapat berkongsi gambar detik manis di media sosial. Contohnya, saya lebih gemar berkongsi gambar di dalam akaun Instagram saya walaupun tidak mempunyai ramai followers namun, ia memberi kepuasan pada diri saya.

    ReplyDelete