Friday, April 15, 2016

EMOTIKON


Untuk entri kali ini, kita akan memperkatakan isu tentang emotikon. Pada masa kini, perkataan  emoji atau emotikon bukanlah sesuatu yang asing bagi kita semua.   Tetapi apakah yang anda faham tentang  makna sebenar emotikon itu? Secara ringkasnya, perkataan 'emotikon' merupakan gabungan  dari perkataan dari emotional dan  icon yang membawa maksud emosi dan symbol, Menurut Asteroff (1987), beliau mendefinisikan  emotikon ini sebagai 'relational icons', manakala, Danet, Ruedenberg-Wright, dan Rosenbaum-Tamari (1997) pula menyatakan  emotikon sebagai ikon untuk mengekspresikan emosi  untuk menandai niat seseorang sebagai hal yang tidak serius.  Sementara  Rezabek dan Cochenour (1998) pula berpendapat emotikon adalah isyarat visual yang terbentuk dari tipografi simbol biasa yang ketika dibaca terbalik akan mewakili perasaan atau emosi. Menurut Beckingham (2014),  pengenalan 'emoticon' atau ikon emosi bermula sejak 1881 dalam sebuah majalah Amerika Syarikat Puck.


 
                     


Pada awalnya, ia digunakan sebagai  kompensasi untuk menggantikan ketidakmampuan penyampaian melalui suara, emosi, mimik muka, bahasa badan, untuk memberikan satu gambaran yang lebih jelas tentang apa yang ingin dan cuba di sampaikan oleh mereka.Pada awal kemunculan emotikon ini, ia nya bersifat sederhana dan bersifat lebih umum. Namun selari dengan kemunculan teknologi yang membawa kepada kemunculan pelbagai  aplikasi perbualan atas talian seperti Whatsapp, Wechat, Line dan sebagainya, ia menjadi lebih terperinci dan bersifat lebih khusus berbanding sebelumnya. Emotikon biasanya digunakan untuk menunjukkan  perasaan yang cuba di nyatakan seseorang ketika berbual  di atas talian melalui aplikasi tersebut agar ia kelihatan lebih  'hidup' dan menarik. Antara emotikon yang sering digunakan adalah emotikon senyum untuk menunjukkan perasaan bahagia, menangis untuk mewakili rasa sedih dan bengis menandakan rasa marah dan lain-lain  mngikut perasaan dan mood  yang mereka ingin sampaikan. Whatsapp adalah di antara aplikasi yang terkenal pada masa sekarang dan digunakan sebagai medium utama untuk berhubung di antara satu sama lain. Antara sedar atau tidak, di dalam aplikasi Whatsapp sahaja terdapat sebanyak 843 emotikon di dalamnya yang mewakili perasaan, perbuatan, warna kulit bendera mood dan sebagainya. Manakala, pada awal tahun 2016 telah muncul emotikon di aplikasi  Facebook yang membolehkan kita menunjukkan sesuatu perasaan kepada seseorang. 


                            


Secara keseluruhannya, walaupun ia emotikon ini digunakan untuk menerangkan  sesuatu supaya lebih jelas, adakalanya ia juga digunakan dalam situasi untuk bergurau dan bukan bersifat serius dan ia juga tidak memberi gambaran secara keseluruhan tentang perasaan individu terbabit. Contohnya, emotikon menangis  yang digunakan ketika mengungkapkan tentang hal kematian itu tidak dapat menggambarkan perasaan sedih yang sebenarnya individu itu kerana agak   mustahil untuk mendapatkan emotikon untuk menangkap sepenuhnya apa yang kita rasa sebagai manusia. 

                   

RUJUKAN

Alila Pramiyanti, Maylanny Christin. (2014). Makna dan Simbol Emotikon Dalam Komunitas Kaskus. http://journal.fsrd.itb.ac.id/jurnal-desain/pdf_dir/issue_3_13_2_6.pdf


Joseph B.Walther & Kyle D'Addario. (n.d.). The Impact of Emoticons on Message Interpretation in Computer -Mediated Communication

Thursday, April 14, 2016

KETAGIHAN SELFIE


Potret diri sendiri atau lebih dikenali sebagai Selfie merupakan satu gambar yang diambil oleh diri sendiri dengan menggunakan telefon bimbit atau sebarang teknologi dan kebanyakannya dimuat naik ke laman sosial. Sejarah selfie bermula pada tahun 1909 oleh Joe Byron yang menjadi pemilik syarikat Byron, di mana beliau telah merakam gambar beliau bersama empat rakannya, iaitu Pirie MacDonald, Kolonel Marceau, Pop Teras dan Ben Falk. Mereka berempat adalah pasukan jurugambar di Manhattan dan seterusnya gambar selfie mereka ditayangkan di Muzium Bandaraya New York. Namun begitu, Pada tahun 2013, selfie diumumkan sebagai Word Of The Year oleh Oxford English Dictionary dan diterima pakai oleh masyarakat pada masa kini. 


Menurut kajian yang dibuat oleh pengkaji dari Universiti Kebangsaan Malaysia, gejala selfie terhasil daripada kecanggihan dan perkembangan teknologi terkini dalam menghasilkan telefon pintar, Ipad dan sebagainya telah menyebabkan budaya selfie semakin popular dan digunakan di mana-mana sahaja. Gambar-gambar diambil dan dimuat naik ke laman sosial terutamanya di Facebook dan instagram. Malah, ada juga yang berbentuk video dan sangat popular pada masa kini. Selain itu, selfie juga mempunyai nama lain seperti belfie (gambar menampilkan bahagian belakang tubuh), helfie (menunjukkan stail rambut), welfies (mengambil gambar beramai-ramai) dan shelfie yang juga mempunyai maksudnya yang tersendiri.


 Untuk pengetahuan bersama, pemilik-pemilik akaun media sosial kini lebih berani mempamerkan aksi comel dan pelik semata-mata untuk menarik perhatian rakan laman sosial. ada juga yang menjadikan selfie sebagai tempat untuk mempamerkan identiti sebenar. Kebanyakan pengguna yang gemar berselfie akan merasa puas apabila dapat menunjukkan mimik muka serta aksinya yang tersendiri. Kepuasan diri telah menjadikan seseorang ada keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai di media sosial.

Walaubagaimanapun, bagi golongan yang suka memuat naik aksi yang pelik seoalah-olah bangga dan berpuas hati apabila gambar peliknya diviralkan dan menjadikannya isu tentang gambarnya diambil perhatian. Dengan kewujudan budaya selfie juga telah banyak mengubah pemikiran masyarakat kini iaitu mereka lebih berani di alam maya berbanding di dunia realiti. Kebanyakan golongan yang suka memuat naik gambar selfie merupakan orang yang anti sosial dan lebih gemar berkongsi dan meluahkan apa yang dirasa melalui media sosial. Sifat malu pada diri seseorang juga telah hilang sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup membahayakan diri sendiri semata-mata ingin menjadi perhatian orang ramai di media sosial.






Apa pandangan kalian tentang budaya selfie ?


Rujukan :

Rajenderan, S. (2015, Februari Tuesday). Baik, buruk selfie dalam kehidupan.
Surita Sukri, Nurnabilah Mohd Sani, Darganan A/L raman, Nur Izzah Athirah Bahran, Atikah Sakinah Mat Radzi. (n.d.). Selfie Syndrome.
 https://www.google.com/search?q=selfie&source

#HASHTAG :D




Entri kali ini akan mengupas serba sedikit mengenai hashtag. Jadi, kalian semua tahukah apa yang dimaksudkan dengan hashtag? Hashtag membawa maksud perkataan atau frasa yang didahulukan dengan hash atau simbol pangkah ( #) yang mana digunakan bagi mengenal pasti sesuatu mesej atau pesanan untuk satu-satu topik secara spesifik. Sebenarnya simbol hashtag yang digunakan hari ini wujud melalui rangkaian IRC (Internet Relay Chat) bagi melabelkan topik dan kumpulan. IRC ini merupakan satu bentuk komunikasi di Internet yang dibuat untuk tujuan komunikasi berkelompok atau berbincang dalam beberapa channel atau saluran kerana ia murah berbanding sms serta boleh berkenalan di ruangan maya.
Untuk pengetahuan kalian semua, media sosial Twitter bertanggungjawab membuat hashtag semakin popular digunakan rentetan daripada kemunculan Twitter itu sendiri pada tahun 2007. Sesuatu hashtag yang dicetuskan oleh seseorang individu dan seterusnya menjadi ikutan yang lain disebut sebagai “trending topic” kerana ia memudahkan sesiapa sahaja membuat carian bagi mengikuti topik yang dipaparkan. Dan apabila perkataan atau frasa yang bertanda hashtag di klik akan menunjukkan kesemua tweet berkaitan dengan hashtag berkenaan. Kini, bukan sahaja Twitter yang menyokong hashtag tetapi sudah banyak laman sesawang atau media sosial lain boleh menggunakan simbol # dalam sesuatu post atau status.

Kebiasaannya hashtag yang diguna pakai untuk highlight sesuatu topik perlu ditulis atau dieja secara rapat bagi mewujudkan “hashtag” itu sendiri. Sekiranya perkataan yang ditulis selepas simbol # dijarakkan akan menyebabkan perkataan tersebut tidak akan menjadi hashtag tetapi menjadi perkataan atau frasa biasa sahaja. Hashtag yang dicipta boleh merangkumi semua benda atau perkara dan tidak terbatas kepada satu kategori sahaja. Contoh mudah yang boleh di ambil adalah melalui Facebook yang mana individu kebanyakan menggunakan unsur humor atau lucu dalam post mereka.

Jadi, apa pendapat kalian semua tentang #hashtag ini? Adakah ia relevan digunakan untuk semua situasi atau sekadar mengikut trend semata-mata?


Rujukan:

Lewis, N. (2013, March 21). Nick Lewis Communications. Retrieved April 14, 2016, from What does a hashtag pound sign mean in social media: www.nicklewiscommunications.com/what-does-a-hashtag-pound-sign-mean-in-social-media/

n.a. (n.d.). Artikel Tik. Retrieved April 14, 2016, from Mengenai IRC atau Internet Relay Chat: www.artikeltik.com/mengenai-irc-atau-internet-relay-chatting.html

Saturday, April 9, 2016

Permainan Second Life






Topik kali ini adalah berkenaan dengan satu permainan video yang lebih dikenali sebagai ‘second life’. Second life ataupun Kehidupan kedua merupakan dunia maya yang telah diciptakan oleh manusia menggunakan internet. Pada 23 June 2003 permainan second life ini telah diperkenalkan oleh Lab Linden, dan menurut beliau permainan video ini telah mempunyai hampir 1 juta pengguna ketika diperkenalkan. Namun hingga hujung tahun 2006, jumlah pendaftar untuk permainan ini telah mencecah 8.8 juta orang.


        

           Second life adalah permainan 3 dimensi di mana para pemain boleh menciptakan ‘Kehidupan’ kedua berdasarkan imaginasi yang mereka inginkan sendiri. Pengguna (atau dikenali sebagai Resident) perlu mencipta Avatars mereka sendiri bagi mencerminkan perwatakan yang mereka inginkan. Avatars yang diciptakan dapat berkomunikasi secara langsung dengan avatar-avatar yang lain. Avatar ini boleh menjadi apa sahaja yang diinginkan oleh pengguna seperti manusia, haiwan, barang-barang, rumah dan sebagainya. Melalui permainan ini pengguna boleh memiliki kehidupan yang jauh berbeza dengan kehidupan sebenar mereka. Selain itu, pengguna boleh mencipta sebanyak mana watak yang mereka idamkan. Contohnya, di alam nyata pengguna belum berkahwin, tapi dalam permainan second life pengguna boleh mencipta keluarga, membina rumah besar, pakaian mahal dan sebagainya. Namun, permainan second life sebenarnya masih diragukan masuk kategori game. Ini kerana permainan ini tidak mempunyai misi dan objektif yang tepat.





          Berdasarkan pemerhatian saya tentang video yang ditayangkan mengenai permainan Second Life ini, terdapat kesan baik dan juga buruk. Permainan ini mendapat tumpuan ramai kerana pengguna boleh menjadi apa sahaja yang mereka inginkan seperti mencipta avatar yang mempunyai fizikal yang menarik, cantik, badan yang ramping sesuai dengan mereka inginkan walaupun berbeza dengan apa yang mereka punyai di dunia sebenar. Persoalannya, kenapa ini terjadi? Adakah pengguna tidak yakin dengan diri sebenar mereka?

       Permainan Second Life ini juga mendatangkan kesan buruk kepada pengguna. Ini kerana terdapat juga pemain yang menghabiskan masa mereka hampir 15-20 jam sehari semata-mata untuk permainan video ini tanpa menjalankan rutin harian mereka seperti makan dan tidur. Ada juga pengguna yang tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana terlalu leka dengan permainan ini. Adakah anda merasakan ia normal bagi seseorang pengguna?

Apa pandangan anda semua?




Rujukan:

Saturday, April 2, 2016

TELEFON BIMBIT DAN DUNIA ZAMAN SEKARANG


Penggunaan telefon bimbit ataupun handphone semakin menjadi perkara biasa dalam hidup masyarakat setempat. Di Malaysia bagi mereka yang lahir sekitar 80-an pasti masih segar mengingati bagaimana perkembangan telekomunikasi berjalan. Bermula dengan telefon awam yang menggunakan duit syiling sehingga ke telefon pintar pada masa kini yang hanya memerlukan sekeping kad bagi mengaktifkannya. Sehingga kini masyarakat telah turut berevolusi sama dengan fungsi telefon pintar, jika dahulu, hanya orang tertentu sahaja yang menggunakan telefon bimbit, kini sesiapa sahaja boleh memilikinya. Telefon pintar telah menjadi satu kewajipan bagi setiap orang. Satu gajet berbagai fungsi dan tujuan.
     
Telefon pertama menggunakan frekuensi radio


Telefon Bimbit telah di cipta buat pertama kalinya dengan menggunakan frekuensi radio telah di perkenalkan oleh  Martin Cooper pada tahun 1973, telefon pertama yang di cipta oleh beliau di kenali sebagai "Brick" oleh kerana bentuknya yang seakan - akan batu bata. Bermula dari situ, telefon pintar mula berkembang dengan pelbagai fungsi yang di perbaharui sehinggalah aplikasi android di perkenalkan pada tahun 2003 oleh  Andy Rubin, Rich Miner,  Nich Sears, dan Chris While mendirikan Android Incorporation.
Di Palo Alto, California, pada Oktober 2003. Pada abad yang ke- 21 ini, masyarakat seantero dunia telah di sajikan dengan variasi teknologi yang cangih tidak terkecuali juga  telefon pintar yang kini telah di pasarkan bukan sahaja dalam bentuk yang perbagai malah variasinya telah di perluas lagi melalui kepelbagaian bentuk, warna, fungsi dan juga saiz.
        Sebuah blog yang bertajuk Berita Teknologi telah memaparkan berita di mana  sebuah syarikat di Jepun yang bernama Willcom telah menghasilkan  telefon bimbit Phone Strap 2 WX06A yang  dikatakan adalah telefon paling kecil dan paling ringan di dunia dengan ukuran lebar 32 milimeter, panjang 70 milimeter dan ketebalan 10.7 milimeter dengan berat 32 gram sahaja. Namun, telefon ini bukan sejenis smartphone tetapi lebih kepada featurephone kerana fungsinya yang hanya untuk berhubung dan bermasej sahaja. Bateri telefon ini mampu bertahan selama dua jam perbualan dan 12 hari jika berada dalam mode stand by. dalam satu kajian yang di jalankan oleh comScore dan telah di pamerkan dalam penilaian pasarannya pada bulan Februari 2014 mendapati bahawa gajet yang paling popular masa kini adalah smartphone.

 Phone Strap 2 WX06A
  
Setelah melalui evolusi, telefon pintar telah menjadi kegilaan dan menjadi salah satu simbol gaya hidup. Setiap orang di klasifikasikan mengikut jenis telefon bimbit yang digunakan serta jenama yang digunakan.


         
  Persoalannya, adakah pengenalan smartphone atapun telefon pintar ini membawa kebaikan atau keburukan?  adakah kemunculan variasi smartphone ini  membawa kita melangkah kehadapan ataupun membawa kita menyingkap semula sejarah kemunculan telefon bimbit?

Rujukan
Human New Tech. (2015, April 3). Retrieved April 1, 2016, from http://humannewtech.my/2015/04/telefon-bimbit-dan-dunia-masa-kini.html

IMPLIKASI TELEFON PINTAR



Menurut Utusan Online (2011), telefon pintar memberikan kesan buruk kepada masyarakat. Suatu ketika dulu, agak mudah untuk kita menyapa mereka yang tidak dikenali kerana pada masa itu masyarakat lebih mesra dan mudah bertegur sapa. Tetapi kini, orang ramai lebih gemar 'membayar' untuk menghubungi kenalan yang jauh walaupun ada orang yang lebih dekat untuk dijadikan teman berbicara.
Jika pada masa dahulu, makan bersama keluarga adalah satu situasi yang mana ibu menunjukkan kebolehannya memasak manakala abang akan bangga bercerita tentang perlawanan bola sepak di sekolahnya. Ketika itu jugalah si adikakan 'menyambar' ketulan ayam goreng di pinggan kakaknya. Itulah gambaran kemesraan dalam satu keluarga. Tetapi kini, 'masa berkualiti' bersama keluarga makin pudar kerana keriuhan waktu makan menjadi sepi dan dingin kerana masing-masing lebih gemar memberi perhatian kepada peralatan komunikasi canggih milik mereka.
Jika dulu, barang kemas dan perhiasan badan seperti emas dan batu permata dijadikan ukuran simbol kekayaan seseorang, perkara itu bukanlah lagi satu – satunya kayu pengukur di masa sekarang. Tetapi kini peralatan komunikasi canggih seperti Blackberry, telefon Android, iPhone, iPad dan komputer peribadi adalah simbol status individu di dalam masyarakat. Walau terdapat berita positif tentang bagaimana peralatan canggih ini dapat meningkatkan produktiviti, persoalan yang masih tidak terjawab tetap timbul tentang impak daripada gajet - gajet ini terhadap rentak hidup sosial masyarakat.
Seperti yang kita tahu penggunaan telefon pintar sudah semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Suatu masa dulu ia hanya mampu diguna oleh warga korporat dan ahli perniagaan tetapi kini gajet ini mampu dimiliki kebanyakan orang. Telefon kini menjadi  semakin 'pintar' setiap hari. Setiap model peralatan ini disesuaikan dengan keperluan komunikasi, kerja serta hiburan. Pelbagai e-mel serentak juga boleh diterima oleh gajet ini. Perisian seperti MS Office dan PDF reader juga boleh dimasukkan kedalam telefon pintar untuk kegunaan semasa.
Menurut Utusan Online (2011), satu kajian pada tahun 2007 dijalankan oleh Research In Motion (RIM) mendapati pengguna biasa Blackberry boleh memberi satu jam dari masa muat turun mereka untuk keperluan produktif setiap hari dan ini meningkatkan darjah efisien sebanyak 30 peratus. Elemen hiburan merupakan satu lagi faktor yang membuatkan telefon pintar hangat di pasaran. Keupayaan menyimpan serta memainkan video/filem, video YouTube dan juga hubungan dengan situs jaringan sosial selain pelbagai permainan yang menarik merupakan satu lagi aspek yang perlu 'dipunyai' oleh generasi masa kini.
Selain itu, Utusan Online (2011) juga mengatakan bahawa, sehingga kini terdapa lebih 350, 000 aplikasi iPhone dan sehingga bulan Januari tahun 2011 sebanyak 10 bilion aplikasi dimuat turun sejak produk ini memasuki pasaran pada tahun 2008. Jika dibandingkan dengan 10 tahun dulu, mereka yang menggunakan gajet itu kini boleh mencipta aplikasi telefon mereka sendiri dan menjadikan satu peralatan serba boleh. Antaranya bertindak sebagai sebuah e-buku dan menjadi 'terminal' permainan.
Adakah kita akan bergantung kepada teknologi untuk berhubung dengan orang lain walaupun beliau berada tidak jauh dari diri kita?

Rujukan

A. (2011, July 18). Telefon pintar beri kesan buruk? Retrieved March 30, 2016, from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2011&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

Thursday, March 24, 2016

Wartawan Warga / Citizen Journalism






Hari ini setiap individu boleh menjadi wartawan warga atau dikenali sebagai "citizen journalism" kerana kemajuan arus teknologi digital yang kian membangun dengan pesatnya. Apakah yang dimaksudkan dengan wartawan warga atau "citizen journalism" ini? Menurut Datuk Dr Chamil Wariya, wartawan warga merupakan individu atau organisasi media yang mana tugas mereka adalah menyebar dan menyalurkan maklumat berbentuk laporan berita serta penulisan artikel yang bebas daripada pengaruh, kepentingan dan pemilikan kerajaan atau mana-mana parti politik dan juga para pelabur yang lain. Kebiasaannya, wartawab warga ini adalah wartawan yang tidak berbayar kerana mereka menyampaikan berita kepada masyarakat secara "freelance". Contoh mudah yang boleh dilihat dalam kerja sebagai wartawan warga adalah mereka merakam sesuatu yang berlaku di hadapan mereka secara "live" dan seterusnya memuat naik di laman sosial mereka untuk memberitahu khalayak umum. Kadang kala sesuatu yang dihebohkan atau menjadi viral itu tidak benar kesahihan cerita dan sumbernya. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa peralihan medium capaian berita hari ini dipengaruhi oleh saluran media yang ada rentetan daripada kecanggihan teknologi seperti portal berita dalam talian serta media sosial yang lain. 



Untuk memudahkan pemahaman bacaan kalian mengenai wartawan warga atau "citizen journalism" ini, kalian boleh menonton video yang dikongsikan ini, iaitu Citizen Journalism On The Rise oleh Ahmad Shihab-Eldin (Journalist & New Media Producer).

Rujukan:  

N.A. (2015, Disember 03). Malaysian Access. Retrieved Mac 23, 2016, from Lambakan wartawan warga era digital beri cabaran besar kepada wartawan profesional - MPI: malaysianaccess.com

Video ehsan dari YouTube