Media Sosial?? Siapa je yang tak tahu media sosial dekat sini angkat tangan? Meh sini admin ketuk sorang-sorang. Masa kini, media sosial ni dikira medium yang paling penting untuk kita semasa manusia ni berkomunikasi. Tipulah kalau korang kata korang takde smartphone kan???? IPhone, Samsung, Asus, Lenovo, anak beranak tu lah yang kita sekarang ni gunakan untuk berhubung dengan kawan-kawan atau keluarga. kadang-kadang kawan dekat sebelah bilik je pun. Sebabkan kita ni malas nak bangun, so Whatsapp je lah kan.. okayyy. Admin dengan member-member admin ada la buat beberapa survey berkaitan dengan penggunaan media sosial ni. so ayat ni ada sikit lah macam karangan. harap korang yang baca ni dapatlah hadam ye.
Antara soalan yang ditanya adalah medium sosial yang manakah
yang menjadi kegemaran masyarakat untuk dilayari dalam masa sehari. Kami mendapati
hampir 73.5% masyarakat masa kini gemar menggunakan Facebook sebagai salah satu
medium untuk bersosial. Instagram merupakan kedua tertinggi di dalam senarai
iaitu sebanyak 47.1% diikuti dengan Twitter sebanyak 38.2% dan selebihnya
merupakan media sosial yang lain seperti Line, Beetalk dan lain-lain. Kiranya sekarang Facebooklah nombor satu dalam ranking survey yang admin dengan geng admin buat? Tak percaya tengoklah gambar bawah ni..
Kini, media sosial merupakan antara medium untuk
berkomunikasi antara satu sama lain. Ramai diantara responden mengahbiskan masa
untuk melayari laman sosial tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Hampir 18
daripada 34 orang responden meluangkan masa untuk melayari media sosial selama
tiga jam dan keatas dengan peratusan sebanyak 52.9%. 26.5% meluangkan masa
antara 30 minit hingga satu jam dan selebihnya dari satu jam hingga dua jam.
3 jam keatas paling lama responden kami gunakan masa mereka untuk melayari laman sosial? perhhhhh lama kot 3 jam tu. Korang yang baca ni dah berapa jam online ni???
Seperti yang kita tahu, masa kini smartphone merupakan
antara barangan yang penting yang perlu ada untuk mahasiswa terutamanya bagi
melayari internet untukmendapatkan maklumat dan sebagainya. Responden yang kami
dapat mencatat hampir 91.2% menggunakan smartphone bagi melayari media sosial. Hal
ini demikian kerana, ianya mudah dibawa dan jika ada akses internet, bila-bila
masa sahaja boleh membuka laman sosial tersebut.
Terdapat pelbagai sebab untuk kita membuka laman sosial
bukan? Responden kami sebanyak 48.6% memberikan jawapan kecendenrungan mereka
membuka laman sosial ini adalah untuk mendapatkan informasi terkini. Informasi ini
terdiri daripada berita-berita terkini dalam dan luar negara seperti yang
terjadi baru-baru ini. Heboh di media sosial yang menyatakan Ankara,Turki telah dibom.
Ada sesetengah pihak todak tahu mengenai berita tersebut jadi mereka
mendapatkan maklumat mengenai itu daripada media sosial.
Jumlah selebihnya menggunakan laman sosial
untuk hiburan (44.1%), kisah dan gaya hidup (44.1%), resipi (35.3%), kesihatan
(20.6%) dan lain-lain (17.6%).
Selain daripada bertanya mengenai laman sosial yang
digunakan, kumpulan kami juga bertanyakan pendapat responden mengenai kebebasan
dalam meluahkan perasaan di laman sosial. Hampir separuh daripada responden
berpendapat bahawa mereka tidak diberikan kebebasan untuk bersuara walaupun di
laman sosial mereka sendiri. Hal ini demikian kerana mereka terikat dengan
undang-undang. Ada juga yang menyatakan bahawa mereka masih berasa bebsa untuk
menyuarakan pendapat mereka di dalam media sosial ini kerana ianya merupakan
hak mereka sendiri dan sebenarnya kebebasan ini bergantung kepada apa yang cuba
mereka sampaikan. Jika apa yang disuarakan itu menganggu sensitivity dan boleh
mengakibatkan huru-hara ianya perlulah dielakkan. Ada beberapa responden kami pernah digodam oleh orang yang
tidak bertanggungjawab. Hal ini sepatutnya tidak boleh terjadi jika diketatkan
kawalan dalam media siber. Ada responden yang memberitahu supaya tidak
meletakkan info-info diri kita atau keluarga secara terdedah di laman sosial
seperti nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor bank dan
sebagainya. Hal ini akan memeudahkan pihak yang tidak bertanggungjawab
melakukan perkara yang tidak elok terhadap diri kita.
Ramai yang bersetuju bahawa media sosial ini mampu
memberikan pelbagai kemudahan dan fungsi kepada mereka selain daripada menambah
kenalan baru. Hal ini demikian kerana, media sosial ini mudah untuk diakses dan
boleh digunakandengan lebih cepat dan pantas. Kehidupan pelajar kita,dapat kita
lihat kebanyakan daripada mereka menggunakan media sosial untuk berhubung untuk
mendapatkan maklumat bagi tugasan mereka.
So, itu je lah serba sedikit survey yang kami dah buat untuk tengok pattern masyarakat sekarang apabila menggunakan internet. Yang paling penting sekarang, jangan gunakan media sosial secara melebih-lebih sehingga hubungan kekeluargaan atau dengan kawan-kawan korang musnah macam tu je. Nak online tu biar berpada-pada. Untuk yang ada anak atau adik-adik dibawah 18 tahun tu, pantau sikit apa yang mereka buka. Jangan kita sibuk dengan telefon kita, anak/adik kita dah kene scam love pulak. Bahayaaaaaaa.
Jadi,apa komen anda mengenai media sosial? Jom kongsi!!